“Kakak Dia Yang Kahwin, Tak Payah Lah Sumpah Dia” – Terima Makian, Nombor Telefon Irfan Harris Didakwa Tersebar & Terima?

Hiburan

“Kakak Dia Yang Kahwin, Tak Payah Lah Sumpah Dia” – Terima Makian, Nombor Telefon Irfan Harris Didakwa Tersebar & Terima?

Baru-baru ini, kecoh di platform Threads apabila seorang individu mendakwa penyanyi Irfan Haris tertekan selepas nombor WhatsApp peribadinya tersebar hingga menerima mesej berbaur makian daripada orang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan menyifatkan tindakan menyebarkan nombor Irfan sebagai perbuatan melampau dan melanggar privasi seseorang.

Advertisement

irfan harris diganggu

Malah, ia juga boleh dianggap sebagai penyebaran data peribadi di bawah Akta 709.

Irfan Haris cakap ada orang sampai WhatsApp dia maki-maki. Yang sebarkan WhatsApp dia tu, korang tak tahu privacy orang ke? Itu dah termasuk menyebarkan data peribadi. Melampau sangat tu.

Individu itu turut menegaskan, meskipun ramai mungkin tidak bersetuju dengan isu perkahwinan kakak Irfan bersama pasangannya, rasa marah itu seharusnya diluahkan di ruang yang tepat seperti DM, dan bukannya dengan melibatkan nombor peribadi.

Perkongsian ini pantas mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa menyebarkan nombor telefon seseorang selebriti adalah keterlaluan dan tidak wajar dijadikan bahan untuk melampiaskan kemarahan.

whatsapp irfan harris

Pun begitu, ada yang mempersoalkan kebenaran disebalik pendedahan ini.

irfan haris mastermind
2025-09-14 19:20:02

Irfan Harris 'Mastermind' Disebalik Perkenalan Fattah & Amira - "Ini Semua Aturan Allah, Dalam al-Quran Dah Cakap, Lelaki Baik Untuk Wanita Baik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...