November 20th, 2018

Kakak mana yang sanggup melihat adiknya terus dikecam dan merasa sakit hati apatah lagi dimalukan ketika siaran langsung sebuah program popular. Itulah juga yang dirasai oleh kakak kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noorhayati Kamarzaman ataupun lebih mesra dipanggil Yatie.

Yatie yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi menasihati adiknya tidak lagi menaja sebarang program TV selepas ini dan hanya fokus berniaga senyap-senyap untuk mengelak daripada terus dikecam.

Tidak mahu Aliff terus tertekan lagi, Yatie meminta agar jutawan kosmetik itu mendegar nasihatnya itu. Kata Yatie, bukan semua orang mampu memahami cara tersendiri seseorang itu berniaga dan beliau tidak sampai hati melihat Aliff sering dikritik.

Bak kata pepatah, cubit paha kanan paha kiri pun terasa. Segala nasihat yang diberikan oleh kakak Aliff itu ada betulnya. Segala yang sudah berlaku di masa lalu mungkin tidak boleh diubah, tetapi kita boleh elak agar pekara itu tidak berulang lagi di masa hadapan. Harapnya Aliff mendengar segala nasihat yang diberikan oleh kakaknya itu.


51 responses to “Kakak Aliff Syukri Nasihat Berhenti Taja Program TV, Fokus Berniaga Senyap-Senyap”

  1. Anonymous says:

    mmg diaorg ni x der grup wasap family ker….nk hentam nasihat carut lahar lh kat yg public x tau. ni klu bleh sume nk update kat makhluk sekalian alam.tolonglah alip dan baka2 nya jgnlah tnjuk kesengalan tu.

  2. damai says:

    mmg x faham dis DSV dan DAS, tahu lah kau org penaja, bukan x ada promote product2 kau org, tapi knp mesti nak naik stage nak bernyanyi ramai2, mana ada dalam sejarah penaja naik atas pentas lepas tu bernyanyi dan terkinja2, programme DAI dan programme DUO, juga ada penaja, tapi penaja dia org x adalah over, and mrk x ulang berkali2 yg mrk dah keluar berjuta2 ringgit jadi penaja. Tapi bagus juga Astro x beri DAS nyanyi kalau tidak jahanam pentas dgn geng2 dia menari, dan masa mesti tersasar jauh. kalau nak sgt bernyanyi dgn menari buatlah station tv sendiri kan ker mudah, x perlu kecoh2, kau nak menari, melalak 24 jam pun x ada org marah.

  3. Anonymous says:

    Skrg produk mcm ni tumbuh begitu byk. Tak tahu jenis produk apa nk beli. Mmglah buatan Malaysia..dan katanya adalah disahkn oleh KKM. Mcm ada satu hari saya tanya kat pengedar..adik ..kak bgi tahu…tpi jgn marahlah ye..produk2 ini hari itu kak tengok kt info2 berita produk yg diharamin dan bahaya..knapa masih ada lgi oroduk ni.
    Then stokis tu ckp..saya pengedar je kak..klau produk2 ni d hrmkn..kenapa kilang nya masih ada beroperasi..itulah jawapn2 pengedar. Dlm lot kedai tu semua jenama ada.

    Jdi kita ni sbgai pengguna..nk beli ke x. Muka mkin tumbuh jeragat ni dan jerawat.
    Rakyat marhaen mcm aku ni..mana mampu beli produk jepun korea dan eropah.

    Pada pendapt anda semua…semua taukeh yg jual produk timbg kilo ni mesti x pkai buatan mereka. Pasti beli yg dri luar mcm eroph..korea dn jepun. Kita2 yg miskin nilah yg keluarkn duit beli brg mereka di sini.

  4. mak cute says:

    aku mmg respek kakak dia ni..bz dgn bisnes je x cmpur industri seni…tak show off kekayaan cm aliff ni…jakun semacam dh tu sebok giler glamer bajet artis…perangai lagi org kutuk lagi dia menjadi…

  5. Facts says:

    People dont need to know how he is or even you personal character really is. with what happened before was enough to prove the true character Of him without going through a personal way such in-person and same goes to you ‘speak loud than action’, seems arrogance.
    Do enlighten me is the sendayu tinggi never given sponsorship to any tv programme before? Akademi fantasia, dai musim ke-3 etc was among of the programme have been sponsored by sendayu tinggi, right? Indeed, stop denying on how the tv programmes channel has works to make your company succeed till up now.

Loading...