Tidak mahu peminat salah faham dan mencetuskan spekulasi, Kaka menerusi portal BH ONLINE memberitahu jejaka tersebut adalah teman rapatnya dan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
Kami sudah lama bersahabat, sejak dulu lagi. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu.
Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana. Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi.
Kaka berjanji jika beliau sedang dilamun cinta nanti, pasti beliau akan memberitahu perkara tersebut kepada orang ramai. Namun, Kaka masih belum terfikir soal cinta buat masa ini.
Gambar boleh memberikan seribu satu tafsiran, bak kata Kaka mungkin cara mereka bergambar terlalu rapat membuatkan ramai yang menyangka mereka sedang bercinta.