Mendedahkan dirinya tidak menolak untuk menimang cahaya mata lagi dalam masa terdekat, penyanyi Kaka Azraff mengakui dirinya merancang untuk memiliki tiga hingga empat cahaya mata.
Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya diberikan rezeki untuk mengandung lagi.
“Saya bukannya makin muda, usia makin bertambah. Lagipun, takkan nak tunggu Aslan besar baru nak tambah anak.”
Bagaimanapun, Kaka memaklumkan beliau dan suami langsung tidak merancang dan hanya berserah rezeki dikurniakan zuriat kepada yang Maha Esa.
“Kalau ada rezeki, kami terima. Suami pun terbuka soal ini.”
Tambah Kaka, beliau lebih gembira dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Aslan Adam yang kini berusia setahun.
“Alhamdulillah, saya seronok melihat anak membesar depan mata. Walaupun kerja saya tidak menentu, ada kala hingga tengah malam baru datang idea, tetapi tidak mengapa, saya suka dengan kesibukan ini.”
Terdahulu, Kaka dilihat tidak segan berkongsi kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata di mana beliau mengakui banyak pengorbanan yang dilakukan setelah bergelar ibu.
Malah langsung tidak menolak dirinya akan mengalirkan air mata andai berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan.
Untuk rekod, Kaka selamat mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: BH Online