Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan Mewah 5 Bintang

kaka azraff

Selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan pada 11 Oktober lalu, penyanyi Kaka Azraff memilih untuk berpantang selama 28 hari di sebuah pusat penjagaan mewah bertaraf lima bintang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

kaka azraff

Advertisement

Menurut Kaka dia memilih tempat berkenaan kerana mahukan penjagaan yang terbaik buat diri dan anaknya. Malah, suaminya juga dapat tinggal bersama dan dia merasa seronok semuanya berada dalam kedaan baik dan rapi.

Lagipun di sini saya dan anak dijaga dengan rapi selain terdapat aktiviti sihat untuk ibu yang baru melahirkan zuriat. Selalunya kita dengar wanita baru melahirkan anak akan berpantang di rumah, kemudian ada penjaga khusus yang datang untuk memantau. Tapi ketika mendengar mengenai pusat penjagaan ini saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman ini.

kaka azraff aslan

Alhamdulillah saya seronok dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Malah suami juga boleh tinggal bersama.

Berbicara mengenai pengalaman menjaga anak sulungnya, Kaka berkata Aslan seorang bayi yang sangat mudah dijaga, tidak banyak ragam.

kaka azraff

Setakat ini Aslan sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam. Dia akan terjaga apabila nak susu malah tidak kuat menangis. Saya juga tak sangka proses selepas kelahiran semudah ini. Mungkin saya melalui pelbagai dugaan sepanjang kelahiran apabila selama sembilan bulan muntah setiap hari.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan usahawan Adam Azriff pada 14 Disember tahun lalu selepas tiga bulan bercinta.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. eton

    October 18, 2019 at 6:14 pm

    ada duit semua boleh sis

  2. Lol

    October 18, 2019 at 4:13 pm

    Org pndapatan sderhana mmg susah le nak dapat servis gini.. mana barang baby, brg mak, anak2 lain lg.. klu org kaya apa sgt lah 15-25k tu… tak luak pun savings.. org pndptn rendah ni nak kmpul 15k pun ssh utk kos dlm fasiliti tu je. Kperluan lain? Rezeki org tak sama. Semua nak yg terbaik. Huhuhuhu… pikir guna akal dulu sblm bcakap. Jgn2 ko yg goyang kaki kut tp nak hospital mahai lol

  3. korok

    October 18, 2019 at 2:46 pm

    untung la klo duit byk…tp klo byr mahal2 bdn x susut…buat rugi la…

  4. minah jambu say NO to drugs

    October 18, 2019 at 2:16 pm

    kalau nak yg bagus2 kena lah berusaha dn usaha dapat kan $$$ jangan asek bergoyang kaki tak tau ape nak buat n jangan cakap orang kaya boleh la..orang kaya pon dorang berusaha dapat kn $$$ kerja kerja n kerja baru lah dapat yg terbaik..

  5. Fila

    October 18, 2019 at 12:28 pm

    Kena sponsor ke? Tp untunglah dapat berpantang sana.. dah ada doktor ngn nurses lg… tak kena sponsor pun dorg mmg bduit jgak.. klu org kaya leh la.. 15k – 25k kos.. huhuhuhu tak mampu den.. rezeki dorg

Loading...
To Top