Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kaka Azraff Bengang Disamakan Dengan Lembu Kerana Tindik Hidung

Kaka Azraff telah dikritik hebat oleh “keyboard warrior” apabila beliau memuat naik foto ketika meragakan pakaian ala Bollywood dimana Kaka dilihat memakai cincin hidung.

 Antara kritikan pedas yang diterima Kaka ialah beliau disamakan dengan seekor lembu.  Sedar dirinya menjadi bahan jenaka ramai kini, Kaka merasakan komen itu antara paling jahat. Walaubagaimanapun, anak saudara kepada penyanyi rock Ella ini tidak berkecil hati kerana peminat tidak tahu cerita sebenar disebaliknya.

Advertisement

Biarpun saya merasakan komen menyamakan saya seperti lembu itu adalah yang paling jahat tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Tambahan pula saya tidak menjelaskan apa sebabnya saya berpakaian sedemikian sehingga mereka sanggup berkata sebegitu.

Kaka turut memberitahu, beliau hanya mengikut tema apabila ditawarkan untuk menjadi model busana tersebut bagi sebuah sesi fotografi seorang penuntut universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang sedang menyiapkan projek akhirnya.

Saya setuju menjayakan projek itu kerana tidak sebelum ini tidak pernah menjayakan tema Bollywood selain ingin menyokong pelajar berkenaan yang ingin menggunakan selebriti untuk projek mereka.

Saya tidak boleh masuk campur urusan konsep yang hendak disampaikan kerana itu projek mereka dan saya sebagai model hanya ikut sahaja.

Fuh, memang makan dalam habis apabila orang samakan kita dengan lembu. Biasalah keyboard warrior mereka hanya berani kritik di media sosial sahaja, kalai depan-depan mesti tersipu malu kan? Heh.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top