April 24th, 2019

Memuat naik status berbaur sindiran terhadap satu sama lain, ramai yang ingin tahu apakah sebab dua rakan baik Kaka Azraff dan Juliana Evans berbalah sedangkan mereka sudah menjalinkan persahabatan sejak 10 tahun lalu.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Kaka menjelaskan hubungan mereka berdua sudah lama tidak rapat lagi seperti dahulu sejak beliau berkahwin dan mengakui sudah putus kawan dengan Juliana.

Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya bercinta dengan Adam lagi. Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam.

Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka. Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan.

Kaka berharap konflik antaranya dan Juliana segera berakhir. Bukan seorang yang suka mengaibkan orang lain, Kaka berkata, terpulang kepada pihak berkenaan sekiranya terasa dengan segala luahan perasaannya itu.

Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri.

Terdahulu, status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Juliana tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka pada hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing dan Juliana juga ada memuat naik status berbaur sindiran tentang sahabat yang suka tikam belakang.

Sumber Berita : mStar Online


31 responses to “Kaka Azraff Akui Sudah Putus Kawan Dengan Juliana Evans”

  1. Manusia says:

    Selebriti Melayu : Waktu BFF, semua benda nak buat together supaya semua tahu BFF dia siapa. Sama juga, waktu bercinta, semua indah, dialah pasangan paling popular. Waktu putus, semua keburukan masing2 terbongkar. Sama juga, waktu suami isteri, semua kemanisan perkahwinan nak tunjuk kat instagram. Waktu bercerai, segala hal dalam kain nak beritahu satu dunia.

  2. Anonymous says:

    pahal sekor ni tak habis habis dengan neng yatimah. orang tu dah selamat dah.

  3. narok says:

    kaka, ko kawan dgn neng yatimah..dia sangat ok..tak caya? cer tanya rose yatimah

  4. kiki says:

    bile tgh peknen wt perangai bgaduh mcm bdk tadika.. bdk tiktok gelk je wei bce gosip BN mgu ni hahahaha
    lps ni putus haid pon reporter kna amk tau ..sng sikt nk tau retis mne da menopous awl

  5. Anonymous says:

    bosan lah kisah juliava evans ni… aritu pose bikini show perut preggy
    skrg kisah gaduh dgn kawan plak…
    dia ni tak relevant lagi lah lagi in industry… bad gosip memanjang

Loading...