April 24th, 2019

Memuat naik status berbaur sindiran terhadap satu sama lain, ramai yang ingin tahu apakah sebab dua rakan baik Kaka Azraff dan Juliana Evans berbalah sedangkan mereka sudah menjalinkan persahabatan sejak 10 tahun lalu.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Kaka menjelaskan hubungan mereka berdua sudah lama tidak rapat lagi seperti dahulu sejak beliau berkahwin dan mengakui sudah putus kawan dengan Juliana.

Sebenarnya isu ini sudah lama. Hubungan saya dengan Juliana sudah lama tidak baik. Sejak saya bercinta dengan Adam lagi. Saya tak tahu apa yang dia marah. Tapi kalau ikutkan, suami dia yang kenalkan saya dengan Adam.

Tapi bila saya mula bercinta dengan Adam, mereka seakan tidak suka. Sejak itu, kami sudah tidak lagi berkawan.

Kaka berharap konflik antaranya dan Juliana segera berakhir. Bukan seorang yang suka mengaibkan orang lain, Kaka berkata, terpulang kepada pihak berkenaan sekiranya terasa dengan segala luahan perasaannya itu.

Saya tak akan aibkan orang sebab saya tak suka jaja cerita. Kalau dia terasa dengan posting saya sebelum ini, itu masalah hati mereka sendiri.

Terdahulu, status hubungan baik mereka menjadi tanda tanya apabila kelibat Juliana tidak kelihatan di majlis pernikahan dan resepsi Kaka pada hujung tahun lalu. Sejak kebelakangan ini juga, kedua-dua mereka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing dan Juliana juga ada memuat naik status berbaur sindiran tentang sahabat yang suka tikam belakang.

Sumber Berita : mStar Online


31 responses to “Kaka Azraff Akui Sudah Putus Kawan Dengan Juliana Evans”

  1. ibu tiri bawang says:

    Sebenarnya meeka saling sayang menyanyangi lagi.. sebab tu mereka jadi mcmtu..

  2. Anonymous says:

    nape aku tgk baju kaka n juliana evans yg pakai bju kurung tu cm gmba retis awl 90 an je..phewww

  3. esah jendul says:

    x penting pun la…dua2 sendu…yg sorg try hard nk ikut makcik lentok2 ko tu…yg sorg plak makin ngandung try hard sesgt nak tayang body…

  4. Anonymous says:

    pendek nya dia ni, saiz bentuk body mcm ni umur 50 dh duduk kerusi roda.

  5. Conpious says:

    Keluar dari tajuk ..
    Nak ceta sekit hal specis menyondol …(nyondol ke idak tak pasti la ) tapi tahu dia bini ke 2 ….

    Adoi tak habis habis kutuk bini first si polan tu ….aku pun tak faham nape si bini no 2 … Ni begitu insecure…..sedangkan bini first dah di cerai kan n dia tak tangkap pot pun ….

    Dah la …. Kau dah dpt encik hero …. Leave the porr woman alone la ….

Loading...