October 9th, 2009

ziana zain

Beautifulnara kini sedang melakukan program Jejak Kasih untuk mencari ke manakah hilangnya akak Ziana Zain. Penampilan terakhir beliau dilihat semasa Anugerah Juara Lagu. Mengikut informasi yang diberikan, akak Ziana Zain dikatakan sedang mengandung anak kembar semasa kali terakhir dilihat. Sejak itu, kelibat beliau tidak lagi dijumpai di mana-mana.

Jasa baik anda sangat kami hargai sekiranya anda memprint gambar di atas dan menampalkannya di bus-bus stop, tempat tunggu teksi dan LRT. Sudah terlalu ramai orang yang merindui Ziana Zain terutamanya peminat-peminat yang mahu tahu apakah status kandungan beliau. Dah terkeluar ke belum anak kembar dalam perut tue?

Sekiranya anda ada info, sila maklumkan kepada kami di ruangan komen. Sekian, Karam Singh Nara melaporkan untuk BeautifulNara. Saya akhiri dengan serangkap pantun.(sambil gerakkan tangan kanan)

Main hujan di bawah atap rumbia
Atap rumbia halus daunnya
Kak Ziana hilang ke mana
Rindu di hati amat terasa

P.S: Jangan lupa hari nie, Sabtu 10 Oktober kat Midvalley ada Playboy perfume Roadshow dari pukul 4. Abang Nara akan ada di sana dalam jam 4. So sapa yang pergi dan jumpa Abang Nara dan cakap “Hensemnya Abang Nara” bakal dapat perfume. Ada 3 botol jer ~~~



Comments are closed.

Loading...