Kak Ziana Hampir Pergi Tak Kembali Semasa Melahirkan Anak Kembarnya

Hiburan

Kak Ziana Hampir Pergi Tak Kembali Semasa Melahirkan Anak Kembarnya

anak kembar ziana zain

Waduhhhhhhhh ~~~ Sedihnya kami baca cerita pengalaman Kak Ziana Zain melahirkan anak kembarnya yang cute mute tue. Rupa-rupanya Kak Ziana kita bertarung dengan nyawa semasa proses pemberanakan tue. Almaklumlah, bukan senang nak lahirkan kembar. Kalau nak lahirkan anak yang sorang pun dah sakit tahap maksima, inikan pulak anak kembar.

Advertisement

Dengar ceritanya, doktor bagitau yang Kak Ziana ada 50% peluang untuk terus hidup selepas melahirkan anak tue. Tambah mengerikan disebabkan tekanan darah rendah, pihak hospital terpaksa bagi 10 beg darah untuk cukupkan darah dalam badan Kak Ziana. Memang seram kan?

Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ziana masih bernyawa seperti  yang kita lihat sekarang. Masa melahirkan si kembar, Kak Ziana terasa dunia ini gelap gelita. Masa itulah dia berdoa agar Allah memanjangkan umurnya agar dapat dia jaga anak kembarnya nie. Syukur pada Allah yang mendengar permintaan Kak Ziana.

Untuk pengetahuan peminat Kak Ziana, si kembar yang comel ini adalah anak terakhir buat Kak Ziana. Lepas nie dah tak ada dah. Dah cukup stok dah. Mungkin nak tumpukan perhatian kepada kerja-kerja Kak Ziana kot. Eh sebelum terlupa, kalau korang tak tengok lagi gambar anak kembar Ziana Zain, leh baca kat sini ye.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...