Kak Ros Trending Di Twitter, Netizen Bengang Upin Ipin Dikatakan Bawa Pengaruh Buruk

Trending

Kak Ros Trending Di Twitter, Netizen Bengang Upin Ipin Dikatakan Bawa Pengaruh Buruk

Ramai yang marah apabila seorang pengguna Twitter ini memberikan komen dan permintaan yang tak masuk akal tentang animasi Upin & Ipin. Semuanya bermula apabila Les’ Copaque memuat naik satu tweet di Twitter, bertanyakan idea tentang animasi Upin & Ipin untuk tahun 2020.

Namun, komen daripada pengguna Twitter ini mendapat perhatian ramai. Individu ini memberikan kritikan tentang animasi itu yang dianggapnya bawa pengaruh buruk.

“Stop with betul betul betul, it’s not cute.”

Menurut individu ini, watak Kak Ros tak sepatutnya bercakap secara kasar dan jerit-jerit. Penggunaan panggilan ‘aku dan kau’ juga dianggap tak sepatutnya berlaku dalam animasi kanak-kanak.

Reaksi netizen

Susulan daripada komen individu ini, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan itu. Pada masa ini, #KakRos juga sedang trending di laman Twitter. Isu ini juga mendapat perhatian dari seorang pelukis animasi yang lain dan menurutnya permintaan individu ini keterlaluan.

Bagi pendapat boleh, tapi cakap elok sikit la. Jangan sedap-sedap ugut-ugut nak suruh orang cancel show.

Siap suruh stop tagline ” betul betul betul” JUST BECAUSE U THINK IT’S NOT CUTE ANYMORE.

Sementara itu, Les’ Copaque juga turut memberikan komen mereka tentang isu ini. Watak Kak Ros itu bukanlah seorang yang kurang ajar kepada adik-adiknya tetapi lebih kepada mendidik mereka. Lagi-lagi tanggungjawabnya juga untuk menjaga adik-adiknya dan menegur mereka.

Marah tak semestinya benci,
Baik tak semestinya sayang.

Baru-baru ini, filem animasi Upin & Ipin berjaya tercalon dalam anugerah Oscars pada tahun hadapan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Tersenarai Dalam Pencalonan Oscars 2020

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...