October 14th, 2010

kak pah pakai tudung

Statement yang dikeluarkan oleh Sharifah Aini @ Kak Pah ini berkemungkinan besar boleh menjadi statement of the year dalam dunia hiburan. Baru-baru ini Kak Pah dilihat bertudung dalam satu majlis amal. Semua orang terkejut. Adakah Kak Pah sudah mahu bertudung sepenuhnya? Ini kata Kak Pah:-

[note]Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebab tak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung, Kak Pah tak boleh nak jawab. [/note]

Kesian kat Kak Pah. Mesti gusinya bengkak besar sebab sakit gigi sampai terpaksa pakai tudung untuk cover. Bila tenung lama-lama, nampak manis jugak Kak Pah nie bila bertudung. Dan Kak Pah ada buat sedikit statement tambahan mengenai pakai tudung.

[note]Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit. [/note]

Ada seorang pembaca email kami mengenai isu Kak Pah dan tudung nie. Katanya kesian kat anak Kak Pah yang belajar agama jauh-jauh tapi emaknya masih tak terbuka hati untuk memakai tudung. Marilah kita sama-sama doakan agar Kak Pah nanti akan memakai tudung sepenuhnya.

Pendapat kami, kalau boleh wartawan hiburan janganlah tanya soalan bab-bab pakai tudung nie. Artis-artis kita ini suka buat statement ikut suka hati diorang bila jawap soalan. Nanti kang takut tersasar jawapannya tue. Sumber berita dari Murai.

P.S: Kalau kami jadi polis, dah lama kena hempuk si Pamela Lim nie.


Comments are closed.

Loading...