Kak Ogy Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan, Penulis Skrip Teater Korupsi Dewan Semandung Tuntut Bayaran

Hiburan

Kak Ogy Akan Dibawa Ke Muka Pengadilan, Penulis Skrip Teater Korupsi Dewan Semandung Tuntut Bayaran

Penulis skrip teater Korupsi Dewan Semandung, Aloy Paradoks memaklumkan bahawa dirinya masih ‘berhutang’ dengan seniwati yang juga penerbit teater itu, Fauziah Ahmad Daud yang lebih dikenali sebagai Kak Ogy.

Aloy atau nama sebenarnya Nurul Asyikin Abd Hamid,37, menjelaskan bahawa dia masih belum menerima satu pertiga daripada gaji tunggakan yang tidak lagi dilangsaikan oleh pelakon itu.

Advertisement

Janji tinggal janji, Aloy turut mendakwa Kak Ogy masih wujud dalam ‘group’ Whatsapp namun hanya memilih untuk berdiam diri.

“Perasaan saya pada dia dah jadi lain sekarang ni. Saya dah sampai tahap jatuh benci pada dia. Semua janji-janji yang ditaburkan sebelum ini tak pernah dikotakan. Kalau saya dah benci orang itu, memang saya tidak akan hubungi dia. Tapi dia ada sahaja dalam group Whatsapp kami namun seperti biasa, dia hanya berdiam diri sahaja dalam tu.”

Aloy memaklumkan bahawa akan membuat tindakan undang-undang iaitu Mahkamah Tuntutan Kecil usai sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Fauziah Ahmad DaudSumber : Google  

Sebelum ini, penulis skrip itu telah menghebahkan mengenai isu ini melalui ciapan Twitter sehingga ianya mendapat perhatian netizen.  Enggan terus ‘dipergunakan’, Aloy berharap perjuangan mendapatkan hak yang dituntut dapat menjadi pengajaran kepada anak seni di luar sana agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

“Dulu saya masih bagi muka sebab saya hormat pada dia sebagai orang lama dalam industri. Tapi kali ini saya tak boleh mendiamkan kecurangan yang dilakukan agar orang lain tak terkena sama macam saya selepas ini.” – Aloy Paradoks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...