Kak KM Kongsi Pengalaman Perit Sepanjang Anak Di Hospital – “Dah Tiga Malam Tak Tidur, Aku Tak Boleh Kalau Fasal Anak-Anak ni..”

Hiburan

Kak KM Kongsi Pengalaman Perit Sepanjang Anak Di Hospital – “Dah Tiga Malam Tak Tidur, Aku Tak Boleh Kalau Fasal Anak-Anak ni..”

Anak kepada usahawan terkenal Liana Rosli atau mesra digelar Kak KM telah pun selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad lepas.

Menerusi laman Instagram Kak KM, dia selalu memuat naik berita terkini tentang puterinya yang bernama Rania itu. Dirinya turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan anaknya serta meninggalkan komen-komen positif bagi menyokongnya.

Advertisement

Alhamdullilah, doktor kata dia dah stabil. Terima kasih yang doakan Rania.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Ekoran itu, Kak KM juga berkongsi pengalamannya sebagai ibu yang sentiasa risau dengan kondisi anaknya itu sepanjang berada di hospital. Katanya, dia sudah tiga malam tidak dapat melelapkan mata dengan lena dek kerana rindu dan risau dengan Rania.

Dah tiga malam tak tidur, dia punya serabut, sebu, libang libu tak tahu rasa tu.

Aku tak boleh kalau fasal anak-anak ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Usahawan itu turut meminta agar semua terus menerus memberikan sokongan dalam bentuk doa agar anaknya itu diberikan kekuatan dah kesembuhan dengan cepat.

Terdahulu, Liana pernah menyatakan anaknya Rania itu mengalami masalah jantung berlubang dan menghadapi masalah injap jantung sejak bayi.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kak km liana rosli rania oku dobby
7 months ago

"Berani Hina Wajah Anak Aku, Kau Pengecut" - Kak KM Berang Anak Perempuan Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...