Usahawan sensasi, Kak KM tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan bahawa anaknya, Nabila Razman, tidak layak untuk menjadi kru kabin di sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Singapura.
Ketika ditemui pihak media, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 44, mengakui bahawa beliau telah membayar penalti kepada syarikat penerbangan tersebut demi membawa pulang anak perempuannya ke Malaysia.
Walau bagaimanapun, Kak KM enggan mendedahkan jumlah sebenar penalti yang dibayar.
Saya tak boleh kongsikan jumlah yang tepat kerana ada info yang perlu dirahsiakan. Saya hanya boleh katakan, maksimum yang perlu dibayar adalah RM50,000.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pembukaan cawangan baharu Kopi Saigon milik Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz di MyTown, Cheras.
Dalam masa sama, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu turut menafikan dakwaan bahawa Nabila diberhentikan kerja.
Kalau nak kata anak saya tak lepas sesi temuduga, maka dia tidak akan diberi tiket, hotel, makanan dan jadual ketika di sana. Setahu saya, kalau ada yang tidak terpilih mereka akan terus ditolak semasa sesi pemilihan di Kuala Lumpur lagi.
Kalau anak saya kena reject takkan kami nak kena bayar penalti itu pula? Kenapa ramai yang bengang dan tak puas hati?
Tambahnya lagi, isu tersebut sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada Nabila.
Anak saya bukanlah sekuat saya, bila kena kecam pastinya dia akan rasa sedih. Tetapi saya ada menasihatinya. Layak atau tidak, sekali temuduga sahaja Nabila terus dapat, itu rezeki dia.
Terdahulu, Nabila memaklumkan bahawa dia telah meletakkan jawatan dan tidak meneruskan latihan sebagai pramugari di Singapura. Dalam satu hantaran di Instagram Story, Nabila menjelaskan bahawa dia tidak dapat berkongsi lanjut mengenai isu pekerjaan tersebut kerana terikat dengan polisi syarikat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.