Baru-baru ini di platform TikTok, usahawan sensasi iaitu Kak KM menjadi perhatian ramai selepas dirinya berhabis beribu ringgit membeli sejadah untuk dijadikan alas ketika menunai solat.
Berhabis RM50,000 untuk beli sejadah
Dapat dilihat melalui video yang dikongsikan, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli dilihat bersama ibu tercinta, Normah Damanhuri sedang berada di sebuah gedung karpet milik pelakon, Dazrin Kamarudin.
Difahamkan, usahawan tersebut telah memborong sejadah hingga cecah nilai RM50,000.
Tak menjadi masalah kewangan buat Kak KM
Orang dah beli RM50,000. Tak kan tak tunjuk? Dia bukan saja beli beg tangan mahal, sejadah pun mahal.
Dalam pada itu, Kak KM yang suka bergurau senda berkata sejadah bernilai RM6000 tidak menjadi masalah kewangan buatnya.
Beg tangan boleh beli RM60,000, tak kan sejadah RM6,000 tak boleh beli?