Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, memberi amaran tegas kepada mana-mana wanita yang cuba menghancurkan rumah tangganya bersama suami tercinta, Razman Ramli.
Menerusi satu video yang dikongsi semula di TikTok, Kak KM tidak berselindung menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap wanita yang berniat menjadi isteri kedua kepada suaminya.
Katanya, kemewahan yang dimilikinya bersama keluarga bukanlah jaminan bahawa hidup bermadu itu indah seperti yang disangka sesetengah wanita.
Kau jangan ingat, kau jadi bini nombor dua kau akan hidup mewah… boleh tidur atas permata.
Kau jangan rasa seronok kahwin dengan Abang Maman (suami), nampak je macam indah belaka.
Anak kepada pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri itu turut memberi amaran keras bahawa sesiapa yang mahu menjadi madunya harus bersedia berdepan dengannya terlebih dahulu.
Aku akan jadikan kau orang gaji aku dulu. Kau kena hadap aku… sakit jugalah. Hidup ini tak mudah.
Untuk makluman, Kak KM mendirikan rumah tangga dengan Razman Ramli sejak tahun 2002. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, Faris Razman, Rania Razman dan Cinta Carissa Razman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.