Penampilan pelakon Fiza Halim ditegur sesetengah individu di Instagram kerana dikatakan tidak sopan bagi orang yang membawa imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran Fiza, dia telah memuat naik gambar bersama seorang rakan namun tudungnya yang ‘ala kadar’ tak dipakai dengan betul selain baju yang ketat meraih perhatian netizen.
Malah, baju lengan panjang dipakainya itu dilihat seperti ‘muat muat’ dan singkat serta mengikut bentuk tubuhnya yang ramping.
Meskipun ruangan komen telah dihadkan oleh Fiza, namun portal media hiburan ini sempat mengambil tangkap layar beberapa komen netizen.
Ada yang menegur penampilan aktres berusia 41 tahun itu yang dikatakan semakin lama semakin ‘terdedah’ dan seksi selain ada individu yang memerlinya untuk buka sahaja tudungnya.
Fiza atau nama penuhnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim bagaimanapun telah pun memadam respon dan kritikan itu sebelum menutup ruangan komen hantaran tersebut.
Hasil tinjauan Beautifulnara, ada hantaran Fiza yang lain di Instagram pernah mengundang komen kritikan berkaitan hal yang sama dan ini bukanlah kali pertama dia dilihat memakai t shirt sebegitu.