February 10th, 2011

kak engku

Oh my god. Terharu gila Abang Nara mendengar pengakuan Kak Engku. Kata Kak Engku, dia dan suami kini berlakon bahagia di depan anak-anaknya yang masih kecil. Semuanya kerana tidak mahu anak-anak mereka tahu yang dia dan suaminya sudah bercerai. Semua ini kerana memikirkan 3 orang anak mereka yang baru berumur 8, 7 dan 4 tahun. Sedih gila beb!!

[note]Saya tak mahu anak-anak dijadikan mangsa keadaan. Tiada televisyen dan surat khabar di rumah yang dapat mereka mengetahui cerita perpisahan kami. Biarlah kami berlakon selama yang mungkin di hadapan mereka demi kebaikan mereka.[/note]

Sambil air mata jatuh macam air terjun, Kak Engku berkata lagi (pasang lagu My Heart Will Go On untuk efek yang lebih mendalam).

[note]Susah untuk saya tetapkan masa yang sesuai bagi saya dan suami memberitahu mereka cerita sebenar perpisahan kami. Mungkin bila mereka semua sudah besar panjang atau mungkin juga bila kami telah bertemu jodoh lain, barulah kami akan berterus terang. Buat masa sekarang, belum lagi. Kerana mereka masih kecil. Tidak adil untuk mereka menanggung segala kesengsaraan ini dan saya bersyukur kerana dapat berhadapan dengan semua dugaan ini dengan baik. [/note]

Ok serius Abang Nara pun dah bergenang air mata membaca kata-kata Kak Engku. Harap Kak Engku dapat tabah. Pagi-pagi dengar suara Kak Engku kat Sinar FM macam orang tak ada masalah, rupa-rupanya dalam hati berkecamuk. Abang Nara turut bersimpati dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Dan Kak Engku tak menolak kemungkinan untuk rujuk kembali bersama suaminya. Cuma keputusan itu terletak di tangan si suami.

[note]Saya baru saja habis edah dan terus terang saya katakan yang saya masih sayangkan bekas suami saya, sama seperti kami baru kahwin dulu. Kerana perkahwinan kami atas dasar cinta. Sama ada dia masih sayangkan saya, itu semua terletak di hatinya sendiri. Anak-anak yang lahir adalah daripada zuriat kami sendiri dan saya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. Lagipun pula kami berpisah dengan cara yang baik. Cuma apa yang saya harapkan sekarang agar semuanya kembali dengan lebih baik. [/note]

Oklah Abang Nara tak boleh nak taip dah. Air mata dah keluar dah. Memang ini pengorbanan seorang ibu. Sedih gila. Korang komenlah apa yang patut buat bagi semangat kat Kak Engku. Boleh pergi ke Facebook Kak Engku untuk memberi kata-kata perangsang.


Comments are closed.

Loading...