“Kak Anita Sarawak Dan Abang Mahathir Sihat Di Amerika Syarikat” – Noor Kumalasari

Hiburan

“Kak Anita Sarawak Dan Abang Mahathir Sihat Di Amerika Syarikat” – Noor Kumalasari

Rasanya sudah lebih 10 tahun penyanyi lagenda, Anita Sarawak dan suaminya Mahathir menghilangkan diri tanpa jejak daripada dunia hiburan.

Malah, kelibatnya langsung tidak pernah ditemui oleh peminat sehingga ianya  terus menjadi persoalan dan misteri sehingga ke saat ini.

Advertisement
Anita SarawakSumber : Google  

Namun, kerinduan dan kebimbangan peminat kepada artis bergelar superstar sedikit sebanyak terubat apabila adiknya, Noor Kumalasari yang juga bekas pelakon popular era 80-an itu ada berkongsikan sedikit mengenai perkembangan kakaknya itu.

Kata Noor atau nama sebenarnya Noor Kumalasari Mohamed Taib itu, Kak Nita atau nama penuhnya Ithnaini Mohd Taib,69, kini berada dalam keadaan sihat walafiat di samping suami tercinta, Mohammad Mahathir Abdullah di Amerika Syarikat (AS).

Noor KumalasariSumber : Google  

Ujar Noor yang ditemubual dalam sebuah program hiburan semalam, kakaknya itu akan sentiasa menelefon apabila tibanya lebaran dan akan menghubungi kakak sulungnya.

 

“Setiap kali raya memang dia akan telefon. Dia di AS dan kalau waktu raya dia akan telefon kakak sulung. Kebetulan kalau Kak Noor ada ketika dia telefon, baru boleh bercakap dengannya dengan Mahathir. Elok juga dia tak berhubung terus dengan Kak Noor sebab paparazi ramai dan suka kacau.”

Ditanyakan juga mengenai keadaan kesihatan Anita Sarawak pada ketika ini, Noor memaklumkan bahawa kakaknya itu kini sihat walafiat dan berada dalam keadaan baik.

NoorkumalasariSumber : Google  

Terdahulu, Anita Sarawak yang terkenal dengan lagu Akhirnya Kini Pasti itu telah menghilangkan diri sekitar tahun 2012 yang lalu. Malah, usaha media untuk menghubungi penyanyi tersebut turut gagal sehingga ke hari ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...