Kajol Turun Malaysia Untuk Pelancaran Saluran BollyOne HD Astro

Hiburan

Kajol Turun Malaysia Untuk Pelancaran Saluran BollyOne HD Astro

Abang Nara yakin ramai pembaca BeautifulNara merupakan peminat filem Bollywood. Abang Nara pun suka jugak. Antara filem kegemaran Abang Nara ialah Kuch Kuch Hota Hai, Dil Wale Dul Hanya Li Jayenge, RA One dan juga Kabhi Kushie Kabhi Gham. Selain daripada Shah Rukh Khan, pelakon kegemaran Abang Nara sudah tentu ialah Kajol. Walaupun tidaklah secantik mana, tetapi lakonannya memang mampu mengalirkan air mata ini.

kajol turun malaysia

Advertisement

Khas buat peminat filem Bollywood, Astro bakal melancarkan sebuah saluran yang bakal menayangkan filem-filem Hindi dalam kualiti HD. Saluran yang diberi nama BollyOne HD ini akan dilancarkan dengan kehadiran Kajol pada 20 Ogos ini. Pastinya ini adalah peluang terbaik untuk para peminat pelakon hebat ini bertemu muka dengannya.

kajol turun malaysia

Tak sabar rasanya untuk menonton saluran BollyOne HD yang akan bermula pada 1 September ini. Menariknya pra tonton percuma akan diberikan kepada semua pelanggan HD Astro sehingga 16 September sebagai tempoh percubaan. Boleh la layan duduk tengok Hindustan nanti. Excited la pulak. Korang macam mana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...