Kajian: Wanita Berkerjaya Tidak Subur

Trending

Kajian: Wanita Berkerjaya Tidak Subur

Jumlah wanita berkerjaya yang semakin tinggi ketika ini dikhuatiri menjejaskan kadar kesuburan mereka, menurut pakar IVF dari Singapura, Prof Ng Soon-Chye.

Advertisement

Menurut kajian, bilangan wanita berkerjaya yang semakin besar menyebabkan mereka lewat mendirikan rumahtangga, seterusnya menjejaskan kadar kesuburan secara keseluruhan.

Pendapat berkenaan disokong angka daripada statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan kadar kesuburan wanita berusia antara 15 dan 49 tahun menurun daripada 2.0 bayi pada 2015 kepada 1.9 bayi pada 2016.

Fenomena itu sekaligus meningkatkan permintaan bagi rawatan In-Vitro Fertalisation (IVF) di Malaysia iaitu kaedah bagi membantu pasangan mendapatkan cahaya mata(persenyawaan tabung uji)

Wanita Malaysia kini memilih untuk mempunyai kerjaya yang stabil sebelum mendirikan rumahtangga dan membina keluarga.

“Selepas (kerjaya) stabil, selalunya pada umur 30 hingga 40 tahun, barulah mereka mahu berkahwin. Ini menyebabkan kadar kesuburan mereka terjejas,” kata Soon-Chye.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...