Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang melakukan kempen kesedaran kepentingan mendapatkan vaksinasi di kalangan kanak-kanak. Tahun ini saja kita sudah dengan kes kematian akibat difteria kerana kanak-kanak tidak divaksinkan.
Lebih menyedihkan lagi, ia adalah penyakit yang mudah boleh dirawat. Antara alasan yang digunakan oleh para ibu bapa ialah vaksinasi ini boleh menyebabkan autisme.
Kajian yang dilakukan di Denmark sekali lagi membuktikan tiada kaitan di antara vaksin MMr (maesles, mumps dan rubella) dan autisme di kalangan penerima suntikan.
Kajian yang dimulakan dari tahun 1999 ini melibatkan 657 461 kanak-kanak yang lahir di Denmark. Penyelidik mengikuti perkembangan pembesaran mereka sehingga 31 Ogos 2013.
Sebanyak 6517 kanak-kanak dari sampel di atas didapati menghidap autisme. Malahan risiko kanak-kanak yang menerima vaksin MMR menghidap autisme ialah 0.85 berbanding 1.02 pada kanak-kanak yang tidak menerima suntikan MMR.
Dengan kata lain suntikan vaksin MMR tidak meningkatkan risiko berlakunya autisme pada kanak-kanak.
Teori vaksin MMR menyebabkan austime bermula pada tahun 1998 oleh Andrew Wakefield menerusi kertas kajian yang dihasilkan oleh beliau. Wakefield kemudian didapati bersalah menukar data dan memalsukan laporan kajian beliau untuk membuktikan vaksin MMR menyebabkan autisme.
Sungguhpun begitu kajian beliau masih lagi dijadikan “bukti” oleh golongan anti-vax untuk mendedahkan anak mereka kepada pelbagai penyakit berbahaya.
Sumber : 9 gag