Kajian Terbaru Mendedahkan Buah Apple Berasal Dari Kazakhstan Dan Dibawa Ke Eropah 10,000 Tahun Dahulu

Trending

Kajian Terbaru Mendedahkan Buah Apple Berasal Dari Kazakhstan Dan Dibawa Ke Eropah 10,000 Tahun Dahulu

Kajian terbaru yang dilakukan mendapati buah Apple adalah berasal dari pergunungan Kazakhstan dan disebarkan ke seluruh eropah oleh pedagang Silk Road 4,000 hingga 10,000 tahun dahulu.

Advertisement

Hasil ujian DNA yang diperoleh memaparkan lokasi pertama apple tumbuh secara liar dan bagaimana ia menggembara 7,200 km dari pergunungan Tian Shan di Kazakhstan hingga ke eropah dan serata dunia.

Tian Shan merupakan salah satu laluan pedagang Silk Road pada zaman dulu dan pokok apple tumbuh secara liar di pergunungan ini.

Wujudnya apple pada hari ini disebabkan kacukkan antara apple di Kazakhstan dengan “Crab Apple” yang tumbuh di barat eropah (Siberia dan Caucasus).

Kacukkan secara semulajadi ini merupakan pencetus kepada 7,500 jenis buah apple yang wujud pada hari ini.

Pekaji dari BTI, Cornell University dan Shandong Agricultural University di China telah bergaya mengetahui bagai mana cara buah apple berevolusi.

Mereka percaya buah apple telah memgembara keluar dari Kazakhstan 10,000 tahun dahulu. Dimana ia dibawa oleh pedagang bersama barang dagangan lain. Mereka juga membuat ujian DNA keatas 117 jenis apple termasuk Malus domestica dan 23 spesis liar apple dari North America, Europe, dan Asia.

Dr Yang Bai, dari Boyce Thompson Institute mengatakan bahawa rasa masam yang ada pada apple hari ini merupakan hasil kacukkan “Crab Apple” yang tumbuh di barat eropah (Siberia dan Caucasus).

Beliau mengatakan apple zaman modern merupakan kacukkan yang terbaik disebabkan kandungan gula dan acid yang seimbang dan itu yang menyebabkan apple sangat popular.

Dr Bai juga menyatakan, apple mempunyai potensi yang besar untuk dikacukkan dan hasilkan apple yang lebih besar. Dimana apple jenis Malus sieversii yang tumbuh timur pergunungan Tian Shan mempunyai saiz dan besar dan tidak pernah terdedah kepada mana mana spesis atau kacukkan selama berabad lamanya.

Sumber: DAILYMAIL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...