Kajian Terbaru: Kanak-kanak Yang Diberi Susu Ibu Lebih Cenderung Dapat Penyakit Lelah

Trending

Kajian Terbaru: Kanak-kanak Yang Diberi Susu Ibu Lebih Cenderung Dapat Penyakit Lelah

Satu kajian terbaru mendapati kelebihan susu ibu telah dibesar-besarkan.

Satu perbandingan antara adik beradik yang diberi susu ibu dan susu botol memberikan bayangan yang susu ibu tidak lebih baik dari susu botol untuk kesihatan kanak-kanak dalam jangka panjang.
Dr Cynthia Colen dari Universiti Ohio State berkata, dapatan kajiannya bukanlah bermaksud untuk mencabar idea sedia ada, tetapi untuk mengelakkan ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka sendiri dari berasa didiskriminasikan.

Advertisement

Mereka yang mempromosikan bahawa ‘susu ibu adalah terbaik’, sering menyatakan bahawa susu ibu mencegah pelbagai penyakit, antaranya obesiti, alergi, lelah dan kencing manis.

Bagaimanapun, menurut kajian Dr Colen, kanak-kanak yang diberi susu badan tidak menunjukkan sebarang kelebihan berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Ia tidak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu badan tidak cenderung untuk tidak obes dan juga tidak menunjukkan peningkatan dari segi akademik berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Dr Colen turut mendakwa yang kanak-kanak yang diberi susu ibu juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit lelah berbanding yang diberi susu botol. Katanya:-

Advertisement

Kebanyakan kajian sebelum ini memilih subjek secara berat sebelah. Sama ada mereka tidak mengambil kira atau tidak boleh mengambil kira secara statistikal: faktor-faktor seperti umur, bangsa, pendapatan isirumah, pekerjaan ibu–di mana semua ini memberi kesan kepada penyusuan badan dan kesihatan.

Dr  Colen berkata adik beradik yang diberi susu botol menunjukkan tahap kesihatan yang sama dengan yang diberi susu ibu dalam jangka panjang.

Ibu yang mempunyai pendapatan dan pendidikan yang lebih tinggi, serta lebih fleksibiliti dalam jadual seharian adalah lebih cenderung untuk menyusukan sendiri anak mereka pada jangkamasa yang lebih lama.

Pihak berwajib biasanya mengesyorkan anak diberi susu badan selama enam bulan. Tambah Dr Colen:

Saya tidak mengatakan yang menyusu badan tidak ada faedah untuk bayi baru lahir bagi memberikan nutrisi dan imuniti. Tetapi jika kita ingin memperbaiki kesihatan ibu dan anak, kita patut fokus kepada perkara yang benar-benar boleh berbuat begitu untuk jangka panjang, seperti pendidikan awal kanak-kanak bersubsidi, polisi cuti bersalin yang lebih baik dan lebih peluang pekerjaan kepada ibu-ibu yang berpendapatan rendah dan perlu membiayai kehidupan, sebagai contoh.

Dia mendapatkan data dari kajian tahun 1979 oleh Kajian Longitudinal Belia Kebangsaan British, satu sampel yang mewakili lelaki dan wanita muda secara nasional.

Dia menganalisa sejumlah 8,237 orang kanak-kanak yang terdiri dari 7,319 adik beradik dan dari situ, 1,773 ialah pasangan adik beradik, di mana seorang diberi susu ibu dan seorang lagi diberi susu botol.

Kajian itu mengukur indeks jisim badan (BMI), obesiti, lelah, aktiviti hyper, kebergantungan pada ibu bapa serta sikap dan skor yang meramalkan pencapaian akademik dari segi daftar kata, pembacaan, matematik, kebijaksanaan dan kebolehan untuk bersaing.

Baca keseluruhan artikel selepas pesanan penaja.


Dapatan menunjukkan kanak-kanak yang diberi susu ibu menunjukkan hasil yang lebih baik dari segi BMI, aktiviti hyper, matematik, pembacaan, mengenal pasti perkataan dalam daftar kata, mengingat semula digit, kebolehan akademik dan obesiti.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan adik beradik sendiri yang diberi susu botol, skor kanak-kanak yang diberi susu ibu tidak begitu berbeza, yang menunjukkan bahawa sebarang perbezaan yang didapati hanyalah secara kebetulan.

Pengkaji mempercayai yang adik beradik yang diberi susu badan berkemungkinan menunjukkan kelebihan kerana faktor-faktor lain, seperti status sosio-ekonomi.

Dapatan yang paling mengejutkan ialah, kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit lelah.

(Bagaimanapun, ini mungkin kerana data yang didapati bergantung kepada sama ada subjek mengatakan mereka ada penyakit lelah, bukannya didiagnos secara formal mempunyai penyakit lelah.)

Dr Colen berkata lagi:

Kami tidak membandingkan antara keluarga, sebaliknya ahli-ahli dalam keluarga itu sendiri dengan mengambil kira sepenuhnya ciri-ciri seperti pendidikan ibu bapa, pendapatan isi rumah dan bangsa/etnik.

Sekiranya menyusu badan tidak mempunyai impak yang seperti kita jangkakan dalam jangka panjang, walaupun menyusu badan sangat penting untuk jangka pendek, kita patut fokus pada perkara lain seperti kualiti persekolahan, perumahan yang memuaskan dan pekerjaan ibu bapa semasa anak membesar.

Kita patut melihat dengan lebih teliti kepada masa selepas tahun pertama kehidupan anak-anak dan memahami bahawa menyusu badan mungkin sukar atau mustahil dilakukan oleh sesetengah wanita.

Daripada kita menyalahkan mereka, kita patut lebih realistik tentang apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh susu ibu dan apa yang tidak boleh ia lakukan.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

92 Comments

  1. julia

    February 6, 2015 at 8:48 pm

    Ramainya ibu2 yg berlagak kat sini. Bersyukur ajelah dapat breastfeed anak tu. Jangan nak menghina ibu lain yg mungkin takde rezeki walaupun ingin sgt menyusukan bayi mereka.

    kasut korang tak mungkin muat kat kaki org lain. kalo muat pun, belum tentu mereka selesa pakai. tiap org Tuhan uji berbeza-beza. Jangan angkuh…nanti nikmat ditarik balik.

  2. Anonymous

    November 6, 2014 at 4:30 pm

    Ikut sunnah nabi, menyusukan sehingga bayi berusia 2 tahun. Terbukti benyak manfaat kepada ibu dan anak . Agenda Yahudi mereka sahaja yang tak menyusukan anak, itupun kalau betul mereka tak menyusukan anak. Jangan lupa lupa mereka ada buat kajian minyak di sebuah negara, tapi laporkan minyak tak mencukupi di negara tersebut. Apabila negara kita bantu buat carigali, terbukti negara tersebut kaya dengan hasil minyak yang melimpah ruah untungnya. Fikir-fikirkanla.

  3. fatiha

    October 14, 2014 at 12:56 pm

    Saya susukan anak saya sampai skrg..Sorg 2 thn 7 bln dan sorg lagi 7 bulan…Mmg sangat2 jarang jatuh sakit…Alhamdulillah…

    bondaseri.blogspot.com

  4. Anonymous

    May 9, 2014 at 7:55 pm

    Susu ibu tetap yg terbaik…org bkn islam memg dk merendah2kan cara yg disyorkan oleh agama islam…suka terbalikkan fakta sdgkan yg dorg kt tak betul n tak elok tulah yg dorg amalkan. Sumernye ade agenda jahat… Kajian dr doktor ni takleh pakai…lg pun minah saleh suke dedah2…pasal tu susu depa tak berapa nak elok…dah tercemar..huhu…ibu2..jom kite susukan ank2 kite…

  5. nurazlina

    May 9, 2014 at 7:31 pm

    As, salammualaikum saya setuju dgn jwpn anda semua..susu ibu adalah yg terbaik untuk baby..
    Tiada yg terbaik selain susu ibu…alhamdulilah saya dah ada ank 2 org…mrk semua dibr susu badan sahaja..
    Terbukti susu ibu lah yg terbaik..ank2 saya kurang sakit..syukur alhamdulilah…

Loading...