Kajian Terbaru: Kanak-kanak Yang Diberi Susu Ibu Lebih Cenderung Dapat Penyakit Lelah

Trending

Kajian Terbaru: Kanak-kanak Yang Diberi Susu Ibu Lebih Cenderung Dapat Penyakit Lelah

Satu kajian terbaru mendapati kelebihan susu ibu telah dibesar-besarkan.

Satu perbandingan antara adik beradik yang diberi susu ibu dan susu botol memberikan bayangan yang susu ibu tidak lebih baik dari susu botol untuk kesihatan kanak-kanak dalam jangka panjang.
Dr Cynthia Colen dari Universiti Ohio State berkata, dapatan kajiannya bukanlah bermaksud untuk mencabar idea sedia ada, tetapi untuk mengelakkan ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak mereka sendiri dari berasa didiskriminasikan.

Advertisement

Mereka yang mempromosikan bahawa ‘susu ibu adalah terbaik’, sering menyatakan bahawa susu ibu mencegah pelbagai penyakit, antaranya obesiti, alergi, lelah dan kencing manis.

Bagaimanapun, menurut kajian Dr Colen, kanak-kanak yang diberi susu badan tidak menunjukkan sebarang kelebihan berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Ia tidak menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu badan tidak cenderung untuk tidak obes dan juga tidak menunjukkan peningkatan dari segi akademik berbanding kanak-kanak yang diberi susu botol.

Dr Colen turut mendakwa yang kanak-kanak yang diberi susu ibu juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit lelah berbanding yang diberi susu botol. Katanya:-

Kebanyakan kajian sebelum ini memilih subjek secara berat sebelah. Sama ada mereka tidak mengambil kira atau tidak boleh mengambil kira secara statistikal: faktor-faktor seperti umur, bangsa, pendapatan isirumah, pekerjaan ibu–di mana semua ini memberi kesan kepada penyusuan badan dan kesihatan.

Dr  Colen berkata adik beradik yang diberi susu botol menunjukkan tahap kesihatan yang sama dengan yang diberi susu ibu dalam jangka panjang.

Ibu yang mempunyai pendapatan dan pendidikan yang lebih tinggi, serta lebih fleksibiliti dalam jadual seharian adalah lebih cenderung untuk menyusukan sendiri anak mereka pada jangkamasa yang lebih lama.

Pihak berwajib biasanya mengesyorkan anak diberi susu badan selama enam bulan. Tambah Dr Colen:

Saya tidak mengatakan yang menyusu badan tidak ada faedah untuk bayi baru lahir bagi memberikan nutrisi dan imuniti. Tetapi jika kita ingin memperbaiki kesihatan ibu dan anak, kita patut fokus kepada perkara yang benar-benar boleh berbuat begitu untuk jangka panjang, seperti pendidikan awal kanak-kanak bersubsidi, polisi cuti bersalin yang lebih baik dan lebih peluang pekerjaan kepada ibu-ibu yang berpendapatan rendah dan perlu membiayai kehidupan, sebagai contoh.

Dia mendapatkan data dari kajian tahun 1979 oleh Kajian Longitudinal Belia Kebangsaan British, satu sampel yang mewakili lelaki dan wanita muda secara nasional.

Dia menganalisa sejumlah 8,237 orang kanak-kanak yang terdiri dari 7,319 adik beradik dan dari situ, 1,773 ialah pasangan adik beradik, di mana seorang diberi susu ibu dan seorang lagi diberi susu botol.

Kajian itu mengukur indeks jisim badan (BMI), obesiti, lelah, aktiviti hyper, kebergantungan pada ibu bapa serta sikap dan skor yang meramalkan pencapaian akademik dari segi daftar kata, pembacaan, matematik, kebijaksanaan dan kebolehan untuk bersaing.

Baca keseluruhan artikel selepas pesanan penaja.


Dapatan menunjukkan kanak-kanak yang diberi susu ibu menunjukkan hasil yang lebih baik dari segi BMI, aktiviti hyper, matematik, pembacaan, mengenal pasti perkataan dalam daftar kata, mengingat semula digit, kebolehan akademik dan obesiti.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan adik beradik sendiri yang diberi susu botol, skor kanak-kanak yang diberi susu ibu tidak begitu berbeza, yang menunjukkan bahawa sebarang perbezaan yang didapati hanyalah secara kebetulan.

Pengkaji mempercayai yang adik beradik yang diberi susu badan berkemungkinan menunjukkan kelebihan kerana faktor-faktor lain, seperti status sosio-ekonomi.

Dapatan yang paling mengejutkan ialah, kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit lelah.

(Bagaimanapun, ini mungkin kerana data yang didapati bergantung kepada sama ada subjek mengatakan mereka ada penyakit lelah, bukannya didiagnos secara formal mempunyai penyakit lelah.)

Dr Colen berkata lagi:

Kami tidak membandingkan antara keluarga, sebaliknya ahli-ahli dalam keluarga itu sendiri dengan mengambil kira sepenuhnya ciri-ciri seperti pendidikan ibu bapa, pendapatan isi rumah dan bangsa/etnik.

Sekiranya menyusu badan tidak mempunyai impak yang seperti kita jangkakan dalam jangka panjang, walaupun menyusu badan sangat penting untuk jangka pendek, kita patut fokus pada perkara lain seperti kualiti persekolahan, perumahan yang memuaskan dan pekerjaan ibu bapa semasa anak membesar.

Kita patut melihat dengan lebih teliti kepada masa selepas tahun pertama kehidupan anak-anak dan memahami bahawa menyusu badan mungkin sukar atau mustahil dilakukan oleh sesetengah wanita.

Daripada kita menyalahkan mereka, kita patut lebih realistik tentang apa yang sebenarnya boleh dilakukan oleh susu ibu dan apa yang tidak boleh ia lakukan.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

92 Comments

  1. Fuyo TV

    March 20, 2014 at 1:04 am

    Siapa yang xde bajet, bagi jer susu ibu, tak yah nak membazir beli susu formula yang mahal tu..

  2. Anonymous

    March 19, 2014 at 7:12 pm

    Kalau ada dpt yg bt statement ni!aq cekik2 dia!

  3. Mama

    March 19, 2014 at 5:07 pm

    1. Dailymail UK tu tabloid je. tahap2 Harian Metro kat sini. berita yg dia tulis sume nak yang sensasi je
    2. Mana link kepada artikel sebenar yg Dr. Cynthia Colen tu tulis? Ada x baca dulu sebelum pandai2 pegi translate kpd BM then publish kat sini?

  4. emosi betul korang

    March 5, 2014 at 11:51 pm

    rilek la jangan melenting, saja je admin letak entry cam ni. banyak tak puas hati banyak komen banyak backlink banyak traffic banyak view banyak duit. Aku tak nampak pun pendapat Nara yang menyokong.

  5. Naan

    March 4, 2014 at 5:38 pm

    Jgn salah anggap. Zaman Nabi MUhammad saw dlu dorang makan makanan berkhasiat spt kurma,susu kambing, dsb. Tp zaman skrg dapatkah para ibu makan makanan berkkasiat dlm sehari cth sayuran,buahan,ikan dsbg. Mmg BF elok tp bgantung juga pd pemakanan si ibu. Kalo si ibu mkn fast food,makanan pedas dsbg. Tiada gune juge BF. Lebih baik beri susu formula yg mengandungi byk khasiat juga. At the end of the day. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Loading...