Kajian terbaru menunjukkan sarapan dengan coklat gelap (dark chocolate) mungkin membantu meningkatkan kadar kesihatan anda.
Food Business News melaporkan kajian berkenaan dilakukan oleh penyelidik di Universiti Syracuse yang menunjukkan coklat gelap memberi manfaat kepada otak dari segi daya ingatan dan fokus.
Pengarah Kulinari Sterling-Rice Group Liz Moskow menyatakan pemakanan coklat pada waktu pagi boleh mempersiapkan diri untuk bekerja sepanjang hari.
Kajian menyokong kajian yang dilakukan pada 2012 yang menyatakan coklat yang dihidangkan bersama protein mampu mengurangkan nafsu makan dan membantu mengurangkan berat badan.
Moskow juga menjangkakan lebih banyak restoran akan menghidangkan coklat, terutamanya untuk menu ‘brunch’.
Secara saintifik, coklat gelap diakui mempunyai khasiat antioksida yang antara lain membantu mengelak penyakit berkaitan jantung.