Kajian: Pergi Ke Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Hidup Manusia

Trending

Kajian: Pergi Ke Konsert Mampu Memanjangkan Hayat Hidup Manusia

Kajian yang dilakukan oleh O2 dan penyelidik dari Universiti Goldsmith di United Kingdom (UK) mendapati hayat seorang yang gemar menonton konsert live mempunyai jangka hayat hidup yang lebih lama berbanding orang biasa.

Advertisement

Kajian itu mengatakan, menghabiskan masa selama 20 minit di konsert mampu meningkatkan tahap kesejahteraan seseorang sebanyak 21 peratus.

Faktor itu secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka hayat sebanyak sembilan tahun.

“Kajian kami menunjukkan impak yang mendalam bagi kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan seseorang apabila aktiviti itu dilakukan setiap dua minggu atau lebih,” kata Fagan.

Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih valid, kajian menggunakan ‘ujian psikometrik dan ujian degupan jantung’ kepada mereka yang melakukan aktiviti sihat seperti menghadiri konsert, melakukan yoga dan berjalan.

Keputusan menunjukkan bahawa mereka yang menghadiri konsert, tahap keyakinan diri mereka meningkat sebanyak 25 peratus dan akan merasa dirinya lebih diterima.

Selain itu, mereka juga mengalami peningkatan 75 peratus untuk rangsangan mental.

Pada tahun 2013, kajian di Finland mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam kelas nyanyian mempunyai kadar kepuasan yang lebih tinggi di sekolah.

Kajian ‘The Journal of Positive Psychology’ oleh sebuah pasukan di Universiti Missouri, Amerika Syarikat juga menyatakan bahawa muzik rancak mempunyai kesan positif untuk kesihatan yang baik.

“Setelah menggabungkan semua keputusan termasuk kajian O2, kami mendapati bahawa menghadiri konsert dua minggu sekali dapat meningkatkan jangka hidup selama satu dekad lagi,” Ketua penyelidik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...