Kajian: Pekerja Malaysia Paling Kurang Produktif Di Asia

Trending

Kajian: Pekerja Malaysia Paling Kurang Produktif Di Asia

Pekerja di Malaysia direkodkan bekerja paling lama dengan purate 15 jam lebih lama daripada waktu bekerja dalam tempoh seminggu.

Advertisement

Walaupun pekerja di Malaysia paling lama bekerja namun ia mencatatkan kerugian produktiviti tertinggi di Asia.

Hasil kajian Tempat Kerja Paling Sihat AIA 2017 mendapati lebih separuh (53 peratus) warga Malaysia berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Kajian berkenaan melibatkan 5,369 responden di 47 syarikat di seluruh negara.

Ia adalah sebahagian daripada lebih 10,000 responden yang dikaji di Hong Kong, Australia dan Singapura.

Kaji selidik berkenaan juga menunjukkan pekerja Malaysia tidak cukup rehat.

Dalam kaji selidik berkenaan, sebahagian (56 peratus) responden tidur kurang daripada tujuh jam sehari dengan 67 peratus daripadanya dilaporkan mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah tidur.

53 peratus golongan pekerja di Malaysia berhadapan dengan masalah tekanan di tempat kerja berbanding Australia (50 peratus) dan Singapura (43 peratus).

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 12 peratus pekerja Malaysia mengalami tekanan yang serius atau berdepan gejala kemurungan teruk.

Dalam pada itu, syarikat di Malaysia mengalami kerugian dalam produktiviti di mana kajian mendapati purata setiap pekerja hilang 67 hari bekerja setahun.

Ia melibatkan anggaran purata kerugian RM2.7 juta kepada setiap organisasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...