Kajian: Pakar Sahkan Ketum Tidak Berbahaya

Trending

Kajian: Pakar Sahkan Ketum Tidak Berbahaya

Hasil kajian setakat ini menunjukkan ketum tidak membawa mudarat kepada individu yang menggunakannya.

Advertisement

Bagaimanapun, Pakar Psikiatri Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC) Dr Rusdi Abd Rashid mencadangkan penanaman atau penghasilan ketum perlu dikawal agar tidak disalah guna.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Utara Malaysia, penggunaan ketum yang tidak dicampur sebarang dadah tidak menunjukkan tanda-tanda agresif, sebaliknya pengguna ketum menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Malah, Dr Rusdi memberitahu, hasil tinjauan juga mendapati, daripada 100 responden yang ditemui, 24 peratus daripadanya pengguna ketum dan 15 peratus berhenti mengambil heroin.

“Pengalaman saya sendiri yang kerja di Alor Setar empat tahun dan di Yan dua tahun, saya tak pernah didatangi individu yang ada masalah (ketagihan) ketum, kecuali mereka yang ada masalah dadah dan pada masa sama guna ketum.

“Kebanyakan mereka hanya mengadu pasal dadah bukan pasal ketum.

“Apabila ditanya kenapa guna ketum, mereka kata nak hilangkan ketagihan pada dadah seperti (dadah jenis) pil kuda, heroin,” katanya.

Kajiannya mendapati pengguna ketum juga tidak bermasalah dan boleh bekerja seperti biasa, dan bukannya gagal berfungsi dalam masyarakat seperti penagih dadah.

Sebaliknya disebabkan pengunaan ketum, mereka boleh bekerja kerana bahan itu memberi tenaga tambahan.

Berdasarkan pemerhatian Dr Rusdia, dia merumuskan tiada akibat negatif terhadap pengguna ketum kerana ramai daripada mereka yang mengambilnya ialah orang tua bagi mengatasi masalah sakit sendi.

Dr Rusdi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah ‘Ketum – Use or abuse di Pusat Perubatan Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

Ketum sebagai alternative kepada Metadon

Salah laku penggunaan ketum boleh berlaku apabila bahan tersebut dicampurkan dengan dadah atau bahan lain – seperti ubat nyamuk – gambir – ubat batuk – untuk mendapatkan kesan yang lebih kuat.

Untuk mengklasifikasikan ketum sebagai dadah berbahaya adalah tidak wajar.

Dr Rusdi meminta agar ketum tidak diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya bagi membolehkan pengkaji menjalankan penyelidikan lebih mendalam terhadap tumbuhan berkenaan.

Ini kerana, ketum boleh menjadi ubat alternatif kepada metadon bagi merawat pesakit yang mengalami ketagihan opioid seperti heroin.

“Saya rasa kita perlu ada alternatif kepada metadon dan mungkin ketum ini alternatifnya.

“Orang yang mengambil ketum mereka tak mengantuk macam orang yang ambil metadon,”

Menurut Dr Rusdi, ada kemungkinan ketum boleh menjadi satu daripada bahan mengubat masalah psikiatri.

Jika ketum di letakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya, pengkaji tidak lagi dapat membuat penyelidikan lebih mendalam mengenainya.

Gula lebih berbahaya berbanding ketum

Dr Rusdi juga menegaskan ketum boleh menjimatkan perbelanjaan apabila kerajaan tidak lagi perlu mengimport metadon dari luar negara yang dijual pada harga mahal.

“Apa salahnya kita guna produk sendiri? Selain dapat merawat penagih, kita juga boleh eksport ubat sirap (cairan) ketum dan menjana ekonomi negara kita,” katanya sambil menambah, terdapat banyak manfaat daripada pokok ketum sekiranya ia diproses dengan betul.

Dalam sesi soal jawab pula, Dr Rusdi menjelaskan gula lebih memudaratkan berbanding ketum kerana bahan itu boleh menyebabkan seseorang diserang penyakit kencing manis.

Pada masa sama katanya ada pesakit kencing manis mengambil ketum sebagai bahan sampingan bagi merawat masalah kesihatan mereka.

“Sekarang pihak Risda nak berbincang untuk dikomersialkan. Saya rasa, apa salahnya?

“Penoreh getah pun sekarang hidup susah, mungkin apabila dibenarkan (mengkomersialkan) ketum, mereka boleh eksport ketum yang telah dijadikan sabun.

“Ia boleh membantu peladang kecil dalam keadaan ekonomi tak baik sekarang ini,” katanya lagi.

Pada April 2015, kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2014) untuk menyenaraikan daun ketum dalam jadual pertama akta berkenaan.

Turut berada dalam jadual itu ialah pokok ganja, kanabis, popi dan koka.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya membentangkan cadangan pindaan itu sehingga ke peringkat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, laporan Bernama pada November 2015 menyatakan pembentangan itu ditarik balik kerana terdapat bantahan terhadap cadangan takrifan penyalahgunaannya.

Sementara itu, doktor di Jabatan Patologi UMSC, Prof Dr Mustafa Ali Mohd menggesa kerajaan memberi kebenaran serta geran kepada pihak-pihak yang ingin lakukan kajian terhadap pokok ketum.

Beliau yang juga pakar dalam bidang farmakologi dan Ubat-ubatan tradisional berkata Malaysia mempunyai segala kepakaran untuk membuat kajian terhadap tumbuhan tersebut namun ia berdepan kekangan apabila tidak mendapat ‘lampu hijau’.

“Jika kerajaan beri kebenaran (untuk lakukan kajian) dan geran, kita boleh lakukan dan menjadikannya satu minuman sirap tradisional untuk meningkatkan tenaga, kesihatan. Kita boleh eksport.

“Kita boleh lakukannya tetapi lampu hijau tak ada. Kita telah ada orangnya (untuk buat kajian), kita ada pengalaman, kita ada mesin tetapi lesen tidak ada.

“Kita telah cuba (untuk dapatkan kelulusan buat kajian terhadap ketum) beberapa tahun yang lalu,

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...