Kajian “Kesedaran Diabetis Asia” oleh Sun Life Financial mendedahkan penyakit Diabetis atau Kencing Manis merupakan penyebab utama jangka hayat warga Malaysia berkurangan sehingga 18 tahun.
Keputusan kajian ini juga mendapati Malaysia berada di tempat pertama bilangan pesakit kencing manis teramai di Asia diikuti Hong Kong dan Filipina
Diabetis juga mengurangkan jangka hayat penduduk di negara asia lain seperti Hong Kong dan Indonesia selama 16 tahun, Vietnam: 11 tahun dan Filipina: 33 tahun.
Ia meletakkan kes kencing manis di Malaysia pada 17.9 peratus, diikuti Hong Kong 9.6 peratus dan Filipina 6.9 peratus.
Kajian itu juga mendedahkan 42 peratus wanita di lima negara Asia tidak mengetahui bahawa wanita mengandung mempunyai lebih risiko kencing manis.
Secara purata, pengidap kencing manis membelanjakan RM7,508 untuk merawat penyakit berkenaan.