Kajian: Kawal Waktu Tidur Anak Mampu Meningkatkan Kualiti Hidup Ibu Bapa

Trending

Kajian: Kawal Waktu Tidur Anak Mampu Meningkatkan Kualiti Hidup Ibu Bapa

Kajian terbaharu Growing Up in Australia menunjukkan anak-anak yang tidur seawal jam 8.30 malam dapatt membantu meningkatkan kualiti kesihatan mereka dan ia juga mampu membantu meningkatkan kualiti hidup ibu bapa.

Advertisement

Kajian itu menyatakan ibu bapa perlu tegas dalam kawalan tidur anak-anak dan harus menyusun jadual tidur anak-anak mereka.

Menurut Persekutuan Tidur Sedunia (NSF), ibu bapa perlu mengehadkan masa kanak-kanak menggunakan gajet terutamanya sebelum tidur.

Ini kerana cahaya yang dipancarkan daripada gajet boleh melambatkan pembebasan melatonin yang menjejaskan proses tidur. Ia juga meningkatkan kewaspadaan dan seterusnya mengakibatkan waktu tidur anak-anak turut terganggu.

Badan itu turut menyarankan ibu bapa menetapkan penggunaan gajet berskrin dua jam sebelum tidur.

Selain itu, NSF turut menyarankan agar jadual waktu tidur ditetapkan agar minda kanak-kanak terbiasa dengan waktu tersebut.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga boleh memaksimumkan aktiviti harian mereka, menghindarkan kandungan berkafein dan juga memastikan bilik tidur anak-anak sentiasa dalam suasana yang gelap untuk memudahkan mereka melelapkan mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...