Kajian: Generasi Muda Boros Walaupun Sebelum Hari Gaji

Trending

Kajian: Generasi Muda Boros Walaupun Sebelum Hari Gaji

Trend menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak menggalakkan pada hanya RM6 bilion, atau 0.9 peratus simpanan isi rumah yang direkodkan dalam 2014, berdasarkan kepada Matriks Perakaunan Sosial (MPS).

Advertisement

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata sekarang ini, generasi muda gemar menghabiskan wang walaupun sebelum hari gaji, sebagai contoh, membeli kereta baharu atau menukar telefon pintar melalui kredit.

“Ini bertentangan dengan generasi yang lebih tua yang lebih suka menguruskan kewangan dengan menangguhkan pembelian mereka bagi tujuan menyimpan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran dan taklimat MPS mengenai Perangkaan Sosioekonomi untuk Suku Ketiga.

MPS menyediakan input penting bagi pengagihan perbelanjaan dan pendapatan dalam analisis fiskal.

— BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...