Kajian Dedah COVID-19 Turut Menyerang Seluruh Tubuh Termasuk Otak, Jantung Dan Buah Pinggang

COVID-19

Kajian Dedah COVID-19 Turut Menyerang Seluruh Tubuh Termasuk Otak, Jantung Dan Buah Pinggang

Para penyelidik COVID-19 kini percaya bahawa pandemik itu bukan hanya menyerang paru-paru, malah turut menyerang seluruh tubuh badan manusia termasuk otak, jantung, saraf, buah pinggang dan jari kaki (Covid Toes). Amaran tersebut dikeluarkan berikutan berlaku peningkatan kes positif COVID-19 di kalangan kanak-kanak Amerika Syarikat (AS).

Baca: Kanak-Kanak Di AS Diserang Penyakit Misteri, Pakar Percaya Virus Ini Ada Kaitan Dengan COVID-19

Advertisement

Sebelum ini, seorang pakar pediatrik Dyan Hes pernah memberi amaran bahawa COVID-19 kini mungkin akan menjadi lebih bahaya kepada kanak-kanak dengan munculnya penyakit Kawasaki.

Untuk pengetahuan, minggu ini telah muncul 3 kes kematian berkaitan pandemik COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak dan seramai 73 orang kini sedang menunjukkan simptom keradangan multi-sistem pediatrik mencetuskan gejala yang serupa dengan penyakit Kawasaki.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka berasal dari daerah yang berbeza dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Oleh itu, para saintis dan penyelidik dengan cepat berusaha untuk mengetahui lebih banyak berkenaan perkara ini dan mereka yakin bahawa COVID-19 turut memberi kesan kepada seluruh tubuh dan bukan hanya pada paru-paru seperti yang difikirkan pada awalnya.

Mempengaruhi otak dan jantung

Gambar hiasan

Selain menunjukkan gejala seperti demam tinggi yang berpanjangan, jantung berdebar, ruam dan sakit perut yang teruk, pakar percaya penyakit ini juga mampu mempengaruhi otak manusia memandangkan ianya boleh mencetuskan gejala neurologi seperti pening, sakit kepala dan kesedaran yang lemah.

Dalam kajian yang diterbitkan oleh doktor China pada April lalu ada menyatakan bahawa pesakit COVID-19 juga boleh mengalami masalah yang teruk seperti sawan dan strok jika dijangkiti.

Buah pinggang

Gambar hiasan

Seorang ahli nefrologi memberitahu, hampir separuh daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat pandemik itu mempunyai kandungan darah dan protein dalam air kencing mereka. Perkara ini membuktikan bahawa telah berlaku kerosakan awal pada buah pinggang pesakit COVID-19.

Difahamkan ketika ini, terdapat sebilangan pesakit yang dikhuatiri akan memerlukan dialisis. Hal ini demikian kerana terdapat 14 hingga 30 peratus pesakit dilaporkan kehilangan fungsi buah pinggang di New York dan Wuhan, China setakat ini.

Covid Toes

Covid Toes

Keadaan kulit misteri yang menyebabkan jari kaki menjadi warna ungu, merah atau biru juga boleh dihubungkan dengan kesan COVID-19. Ahli dermatologi telah membuat kajian mengenai misteri Covid Toes sebelum ini setelah ia mula muncul di beberapa kawasan dengan jumlah pesakit tertinggi seperti Itali.

Terkini, seramai 100 orang kanak-kanak di New York sedang bergelut dengan penyakit kawasaki dan dipercayai ada kaitan dengan COVID-19.

Artikel berkaitan: Pakar Mendapati Bahawa ‘Covid Toes’ Kemungkinan Boleh Menjadi Simptom Baharu COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...