Kajian: Coklat Mungkin Pupus Pada Tahun 2050

Trending

Kajian: Coklat Mungkin Pupus Pada Tahun 2050

Coklat mungkin tidak dapat dinikmati pada masa depan kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global yang semakin teruk pada hari ini.

Advertisement

Menurut para saintis, suhu yang terlalu panas serta cuaca yang kering boleh mengancam penanaman kakao, iaitu tumbuhan yang merupakan sumber utama dalam penghasilkan coklat.

Pokok Kakao hanya boleh tumbuh di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah utara dan selatan khatulistiwa dengan suhu, hujan serta kelembapan adalah tetap.

Lebih separuh daripada bekalan coklat dunia kini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat, iaitu Cte d’Ivoire dan Ghana.

Kesan peningkatan suhu untuk beberapa dekad akan datang atau pada 2050 nanti bakal menjadikan kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk penanaman kakao.

Bagaimanapun, penyelidik dari University of California kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka, Mars, bagi menyelamatkan tanaman kakao.

Mereka kini menggunakan teknologi yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah suai DNA kakao supaya ia dapat bertahan di bawah iklim yang berbeza.

Para saintis itu berharap dapat menghasilkan tumbuhan kakao yang tidak rosak pada suhu yang tinggi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...