Kajian: Beban Kerja Punca Wanita Tidak Bercinta

Trending

Kajian: Beban Kerja Punca Wanita Tidak Bercinta

Kajian yang dilakukan di Jepun mendapati kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta disebabkan beban kerja yang semakin meningkat. Kajian tersebut dilakukan oleh cocoloni.jp iaitu sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian.

Advertisement

Agensi berita Xinhua News Agency melaporkan, golongan wanita di negara itu sekarang, berdepan beban kerja sama seperti kaum lelaki. Antara faktor tersebut adalah keletihan yang menjadikan wanita memilih untuk duduk di rumah dan menonton rancangan TV selepas waktu bekerja.

Manakala cinta di pejabat dan temujanji dengan seorang yang tidak dikenali dianggap satu tekanan dan membosankan.

Hasil tinjauan juga mendapati, satu daripada empat wanita mengakui seringkali tertidur semasa berdating disebabkan keletihan.

Satu lagi laman web temu janji dalam talian, Lovely Media berkata, semakin ramai wanita enggan pergi janji temu kerana beranggapan ia sesuatu yang membuang masa.

Menurut The Japan Times, jika mengimbau sekitar tahun 1980an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20an di Jepun sudah menjalinkan hubungan, sedangkan pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti.

“Waktu kerja lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta paterniti, dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta,” kata laporan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...