Menurut kajian terbaru diterbitkan oleh Journal of Pediatrics, kanak kanak yang pernah mengalami situasi dipukul oleh ibu bapa akan mendapat kesan jangka panjang kepada mereka.
Berdasarkan kajian tersebut, anak-anak yang dipukul mempunyai kecenderungan melakukan perkara yang sama terhadap pasangan mereka.
Kajian tersebut menyatakan, mereka cuba membuat perbezaan secara khusus antara kanak-kanak yang dipukul untuk tujuan disiplin dengan kanak-kanak yang didera secara fizikal.
“Selepas membezakan kanak-kanak yang didera, kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak yang dipukul lebih cenderung untuk berkelakuan agresif dalam hubungan mereka pada masa akan datang,”
Sementara itu Dr Bob Sege yang terlibat dengan kajian sebelum ini berkata, kanak-kanak yang dilayan dengan cara kasar seperti menggunakan kata-kata kesat akan memberi kesan psikologi jangka panjang ke atas kenak-kanak itu dan tidak mustahil dia juga akan berkelakuan kasar terhadap orang lain termasuk anaknya sendiri.
Profesor Madya Emily Rothman dari Universiti Boston, bersetuju dengan kajian tersebut.
“Pengalaman yang melibatkan layanan agresif secara berterusan juga boleh meningkatkan tekanan dan mengurangkan tahap kemahiran kanak-kanak tersebut,”.