Satu kajian yang dibuat menunjukkan, memanaskan semula beberapa jenis makanan boleh membahayakan kesihatan, terutama jika ia tidak disimpan dengan betul sebelum itu.
Menurut Food Standards Agency, rahsia untuk mendapatkan makanan yang selamat adalah dengan memasak, membersihkan dan menyejukkan.
Mereka juga turut menyatakan makanan sepatutnya dimasak terlebih dahulu terutama daging bagi memanstikan kuman yang ada pada bahan tersebut dibunuh sepenuhnya. Tetapi apabila memanaskan makanan, anda mesti memastikan kesemua bahagian makanan dipanaskan sepenuhnya dan jangan memanaskan makanan lebih dari satu kali.
Memanaskan makanan dengan ketuhar gelombang mikro bukan sahaja merosakkan makanan, malah ia juga menyebabkan pelepasan karbon yang tinggi kepada alam sekitar. Kajian dari University of Manchester mendapati pelepasan karbon dari penggunaan ketuhar gelombang mikro di Eropah adalah 7.7 million tan setiap tahun bersamaan karbon yang dilepaskan oleh 7 juta kereta setiap tahun.
Ini contoh lapan makanan, yang boleh memberi anda keracunan makanan atau lebih teruk jika ia dipanaskan atau disimpan dengan tidak betul
SADERI, BAYAM dan UBI BIT
Haba boleh menyebabkan zat nitrat daripada sayur-sayuran ini mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua. Oleh itu, sebaiknya keluarkan makanan ini dari senarai apa sahaja makanan yang ingin dipanaskan semula.
Mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya pabila ia dipanaskan untuk kali kedua
Haba pada saderi boleh sebabkan nitrat padanya mengubah sifat-sifat karsinogenik toksik terutamanya apabila ia dipanaskan untuk kali kedua.
CENDAWAN
Secara umumnya, cendawan, perlu dimakan segera sejurus selepas siap dimasak. Protein dalam cendawan boleh hilang sebaik sahaja ia dipotong, dan itu berita buruk untuk perut andA.
TELUR
Memanaskan semula protein ini apabila ia sudah direbus atau dimasak boleh menjadi toksik, dan boleh mendatangkan kesan buruk dalam sistem pencernaan anda.
KENTANG
Kentang sedikit rumit jika dibiarkan sejuk pada suhu bilik dan ia perlu disejukkan dengan segera kerana suhu panas boleh menggalakkan pertumbuhan botulisme, bakteria yang jarang berlaku.
Botulisme tidak boleh dibunuh dengan cepat di dalam ketuhar gelombang mikro, jadi sebaiknya sejukkan dengan segera untuk elak sebarang masalah dengan pemanasan semula.
NASI
Bagaimana ia dismpan sebelum dipanaskan boleh menyebabkan masalah. Menurut Agensi Piawaian Makanan, “Beras yang tidak masak boleh mengandungi spora bakteria yang dapat menyebabkan keracunan makanan.
Apabila beras dimasak, spora dapat bertahan, kemudian, jika beras ditinggalkan pada suhu bilik, spora akan berkembang dan boleh menghasilkan racun yang menyebabkan muntah atau cirit-birit. Pemanasan semula nasi tidak akan menghilangkan racun ini. “.
AYAM
Komposisi protein dalam ruji makan malam sebenarnya berubah ketika ayam yang telah dimasak dipanaskan untuk kedua kalinya. Ia sebenarnya boleh menyebabkan masalah pencernaan, jadi jika anda lebih suka memanaskan daging anda, pastikan ia dimasak dengan teliti – bahagian dalamnya harus benar-benar panas.
Sumber: Mirror UK