Kaji Selidik; Ramai Pekerja Di Malaysia Merasakan Pekerjaan Sekarang Dapat Memaksimakan Potensi Mereka

Trending

Kaji Selidik; Ramai Pekerja Di Malaysia Merasakan Pekerjaan Sekarang Dapat Memaksimakan Potensi Mereka

Kajain global yang dilakukan oleh sebuah syarikat perunding Belanda telah mendedahkan bahawa majoriti pekerja-pekerja di Malaysia percaya yang pekerjaan mereka lakukan kini dapat dapat memaksimakan kemampuan dan potensi mereka.

Advertisement

Menurut kajian bagi suku ketiga 2017, 90% pekerja negara ini merasakan pekerjaan mereka kini dapat membantu membangunkan potensi mereka. Ianya merupakan peratusan tertinggi yang dikongsi bersama Greece bagi kategori ini berbanding 33 negara lain yang diselidik

Pekerja Malaysia berada di kedudukan ke-2 berhubung untuk kekal di dalam bidang pekerjaan yang sama bagi membangunkan potensi mereka. 96% daripada mereka menyatakan untuk berbuat demikian – India dengan 97% untuk berada di kedudukan teratas.

Bagi segi “pekerja terlibat dengan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran berkaitan kerja”, Malaysia berada di kedudukan pertama bersama India dengan 89%.

Manakala 52% pekerja di Malaysia menghadiri seminar, bengkel atau persidangan bagi mennigkatkan kemahiran mereka.

Dilaporkan pula sebanyak 49 peratus pekerja menghadiri latihan khusus atau kursus pendidikan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka sekarang. Bagi kategori ini, Malaysia berada di tempat ke-5.

Menurut Jaya Dass, pengarah di Randstad Singapore;

Pembelajaran dan pembangunan adalah satu proses jangka hayat yang panjang dan kita menggalakkan pekerja-pekerja untuk aktif mencari peluang yang menarik bagi kekal kompetitif dalam dunia pekerjaan.

Bagaimana pun, bukan semua adalah berita yang baik buat pekerja Malaysia.

Mobiliti pekerjaan dan kepuasan, kedua-duanya dengan jelasnya menunjukkan penurunan, manakala keinginan untuk menukar pekerjaan menjadi bertambah. Malaysia merupakan salah satu dari 18 buah negara dimana mobiliti pekerjaannya menurun.

Kajian oleh Randstad ini diterbitkan setiap suku tahun dan kajian dibuat dengan menemubual pekerja-pekerja diantara umur 18 hingga 65 tahun. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengesan trend pekerjaan semasa di dalam isu mobiliti pekerjaan, kepuasan pekerja, motivasi peribadi, keyakinan dan banyak lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...