Kaji Selidik Pekerjaan : Hampir 33% Belia Meluat Dengan Kerja Yang Disandang

Trending

Kaji Selidik Pekerjaan : Hampir 33% Belia Meluat Dengan Kerja Yang Disandang

Kaji selidik terbaru SkootJobs.com mendapati 33% responden yang terdiri daripada belia Malaysia benci pekerjaan masing-masing.

Advertisement

Kaji selidik dalam talian itu yang membabitkan lebih 15,000 belia berusia 18 hingga 35 tahun juga mendapati 26.6% responden tidak menyukai pekerjaan mereka, manakala 25.3% lagi “okey” dengan pekerjaan mereka, lapor FMT.

Syarikat yang mengendalikan laman mencari pekerjaan itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, hanya 8.7% “mencintai” kerja mereka, manakala 6.1% lagi menyukai kerjaya masing-masing.

Ketua pegawai eksekutifnya, Asim Qureshi berkata: “Saya rasa keadaan kini semakin baik, tetapi kaji selidik ini menunjukkan masih banyak penambahbaikan boleh dilakukan.

“Apa yang boleh saya katakan ialah kami dapati majikan semakin berusaha berbanding beberapa tahun lepas untuk mengetengahkan diri mereka kepada pekerja.

“Kami dapat melihat perkara itu dari segi kualiti iklan yang mereka siarkan kerana mereka menyedari sekiranya ingin membina pasukan terbaik, mereka perlu menarik bakat terbaik dan berusaha gigih untuk mengekalkan bakat sedia ada.”

Menurut David Fernandez, ahli psikologi yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman, dalam jangka panjang, perkara ini (pekerja yang tidak gembira dengan pekerjaan mereka) boleh menjejaskan majikan kerana produktiviti seseorang pekerja yang mencintai pekerjaannya lebih tinggi daripada pekerja yang benci kerja mereka.

“Sekiranya majikan memberi lebih banyak perhatian terhadap statistik ini, ia tentu dapat membantu menangani kes bunuh diri yang begitu membimbangkan di Malaysia. Ia merupakan punca kedua terbesar
kematian dalam kalangan belia Malaysia,” katanya.

Fernandez berkata, cara paling mudah mengatasi masalah pekerja tidak gembira dengan pekerjaan mereka ialah membuat mereka berasa kehadiran di tempat kerja dialu-alukan dan memberi dorongan sewajarnya kepada mereka setiap masa.

Sementara itu, David Low daripada LaunchPad, syarikat mencari bakat tempatan dan asing berkata, majikan Malaysia perlu melihat perkara itu sebagai pembuka mata bagi mereka.

“Secara umumnya, di seluruh Malaysia, syarikat mengalami kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dan perkara ini menjejaskan daya saing mereka secara serius.

“Kebanyakan syarikat menyalahkan sikap pekerja yang gemar menukar pekerjaan walaupun tawaran yang diterima tidaklah sebaik mana, namun mereka perlu sedar mereka juga menjadi punca utamanya kerana tidak suka berbincang dengan bakat muda yang bekerja dengan mereka. Ini satu kesilapan besar juga,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...