Sudah pasti ramai anak perantau yang terpisah dengan ibu bapa serta orang tersayang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman setelah kerajaan membenarkan urusan rentas negeri bermula 11 Oktober yang lalu.
Namun, keterujaan itu dilaporkan sedikit terbantut apabila aktivis kemanusiaan terkenal Palestin, Nadir Al Nuri ada menulis sebuah kenyataan di media sosial Twitter sehingga ada yang berasa bersalah untuk pulang ke kampung.
73 tahun penantian yang belum berakhir ? pic.twitter.com/SLpkLLIO5X
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) October 10, 2021
Bagi sesetengah netizen, kenyataan Nadir itu seolah-olah mereka tidak pernah peduli akan penderitaan rakyat Palestin yang masih berjuang untuk bebas daripada cengkaman rejim zionis sehingga ke saat ini.
Ujar netizen, kenyataan itu tidak mempunyai kaitan kerana setiap orang mempunyai kesulitan dan masalah hidup yang tersendiri, malah ada juga yang pulang ke kampung hanya sekadar dapat mengunjungi pusara ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia akibat wabak COVID-19.
Dalam pada itu, ada kalangan netizen yang merasakan kenyataan Nadir tidaklah keterlaluan serta tiada apa yang negatif dan perlu dikecohkan oleh pengguna media sosial.
Mungkin Nadir tidak bermaksud seperti itu, barangkali cara penyampaiannya sahaja yang tidak kena, kan?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.