Kaitan Kanser Dengan Obesiti dan Diabetis Yang Perlu Anda Ketahui

Trending

Kaitan Kanser Dengan Obesiti dan Diabetis Yang Perlu Anda Ketahui

Hampir 6 peratus penyakit kanser baru dilaporkan pada 2012 – lebih kurang 800,000 kes – adalah disebabkan oleh diabetes dan berat badan berlebihan, menurut sebuah kajian yang dikeluarkan pasa Selasa lepas.

Advertisement

Daripada 12 jenis kanser yang diperiksa, kes yang melibatkan obesiti dan diabetes menduduki tangga yang ke-3 di dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Lancet Diabetes & Endocrinology – sebuah journal utama di dalam bidang perubatan.

Difahamkan lagi, bilangan pesakit bagi perempuan adalah 2 kali ganda lebih banyak dari lelaki di dalam kes tersebut.

Manakali kanser yang disebabkan oleh berat yang berlebihan – bacaan indeks BMI melebihi 25 – adalah 2 kali ganda berbanding kanser yang disebabkan oleh diabetes

Realitinya, obess dan diabetes selalunya dijumpai bersama, di mana selalunya obesiti adalah merupakan pendorong kepada masalah diabetes.

Menurut seorang pekerja di Imperial College London’s Faculty of Medicine, diabetes – bersendirian atau bergabung bersama obesiti – merupakan punca kepada beribu-ribu kes kanser setiap tahun di seluruh dunia.

Pearson-Stuttard, seorang pakar pula menambah, “Dahulu, merokok dengan jelasnya menunjukkan risiko dan faktor terbesar bagi kanser, tetapi kini pakar penjagaan kesihatan juga perlu berjaga-jaga kerana diabetes dan obesiti juga menunjukkan peningkatan yang cepat.

Bagi kaum lelaki, lebih dari 40 peratus penghidap kanser hati adalah disebabkan oleh obesiti dan diabetes, manakala bagi kaum perempuan pula, hampir 30 peratus penghidap kanser rahim adalah disebabkan oleh dua faktor ini. Kes ini adalah sebanyak kes bagi kanser payudara.

Data daripada 12 jenis kanser dari 175 negara telah dikumpulkan dan ianya dipadankan dengan data daripada keberatan dan diabetes, menurut pakar yang melaksanakan kajian tersebut.

Mereka yang mempunyai bacaan indeks BMI diantara 25 dan 29.9, dianggap sebagai seorang yang mempunyai berat badan berlebihan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...