Kain Pelikat Dato’ Azizulhasni Awang Raih Perhatian Netizen

Trending

Kain Pelikat Dato’ Azizulhasni Awang Raih Perhatian Netizen

Semalam, kita semua telah menyaksikan kejayaan atlet kebanggaan negara iaitu Dato’ Azizulhasni Awang merangkul pingat perak dalam acara keirin pusingan akhir sukan berbasikal di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Seluruh rakyat Malaysia pastinya bangga dan seronok melihat kejayaannya itu. Rata-rata pengguna di semua platform media sosial meluahkan kegembiraan mereka dan ada juga yang berkongsi debaran sepanjang acara tersebut berlangsung.

Advertisement

5 bulan lalu

Terima Kejutan Isteri Hamil, Tangisan Azizulhasni Bikin Sebak

Sambungan kisah itu, Dato’ Azizulhasni Awang sendiri telah membuat satu perkongsian di laman Facebook yang memaparkan gambar beliau tidur di samping pingat perak yang berjaya dirangkulnya itu.

Gambar tersebut boleh dikatakan sudah menjadi trademark beliau kerana sebelum ini juga beliau sering berkongsi gambar dengan posing yang sama apabila berjaya merangkul pingat dalam mana-mana kejohanan besar yang disertainya.

Advertisement

“Dah jadi trademark Dato’ Azizulhasni Awang kain pelikat tu”

Dek kerana itu, muncul sebuah lagi perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang meraih perhatian netizen.

Dalam perkongsiannya itu, pemuda tersebut meletakkan koleksi gambar trademark Dato’ Azizulhasni Awang yang beliau kongsikan sebelum-sebelum ini.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila Dato’ Azizulhasni Awang dilihat memakai kain pelikat yang sama dalam semua gambar tersebut.

Gambar Dato' Azizulhasni Awang tidur berkain pelikat

Salah satu gambar Dato’ Azizulhasni Awang tidur berkain pelikat – via Facebook

“Kain pelikat ada ong kot”

Di ruangan komen, rata-rata warganet berasa terhibur apabila mereka juga baru sedar yang Dato’ Azizulhasni Awang memakai kain pelikat yang sama dalam semua gambarnya itu.

Komen netizen tentang kain pelekat Dato' Azizulhasni Awang

Komen netizen di ruangan komen perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi – via Facebook

 

Lebih melucukan, terdapat juga komen daripada individu yang mengatakan kain pelikat yang dipakai beliau itu merupakan kain pelikat hikmat. Ada juga yang berseloroh mengatakan beliau sudah boleh menjadi duta untuk kain pelikat tersebut.

Kalau Dato’ Azizulhasni Awang jual kain pelikat itu, mesti ramai yang berebut nak beli kan? Tetapi tak apa lah, biarkan sahaja kain pelikat tersebut bersama beliau supaya kita dapat lihat banyak lagi gambar trademark beliau di masa akan datang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...