Sekarang ini, kecoh dengan isu penyanyi rap, Caprice meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah bebas, PU Syed mengaitkan aurat isterinya dengan kes amang seksual PU Azman yang kini dalam perbicaraan.
Susulan itu, Caprice menggesa agar PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka atas kata-kata yang dilontarkan dalam tempoh 24 jam.
Perbalahan antara mereka berdua ini meraih perhatian ramai pihak dan jika lihat di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan pendapat mereka masing-masing mengenai isu yang berlaku.
View this post on Instagram
Kebanyakkan netizen menyuruh Caprice untuk ‘mencermin diri’ kerana sebelum ini, dia sering memberi pandangan sendiri mengenai sesuatu isu tetapi melenting apabila pihak lain memberi pandangan mengenai dirinya.
Menurut netizen juga, Caprice tidak perlu triggered dengan kenyataan PU Syed, sedangkan dia juga selalu membuat perkara yang sama.
Sekadar info, PU Syed ada memerli Caprice di laman Instagram kerana didakwa mendiamkan diri isu PU Azman dan menyuruh penyanyi rap terbabit mengurus aurat isterinya dahulu sebelum mengulas kes terbabit.