“Kain Dorang Lawa, Ngam Dengan Harga Murah” – Dijual Mahal Di Malaysia, Ramai Mula Memilih Ke Indonesia ‘Shopping’ Baju Raya

Gaya Hidup

“Kain Dorang Lawa, Ngam Dengan Harga Murah” – Dijual Mahal Di Malaysia, Ramai Mula Memilih Ke Indonesia ‘Shopping’ Baju Raya

Semakin mendekat dengan bulan Ramadan, semakin banyak jenama pakaian mula mempromosikan koleksi raya di platform media sosial.

Namun, sejak tahun lalu ramai mula merungut dan menyuarakan pendapat bahawa harga baju raya di Malaysia makin tidak masuk akal.

Advertisement

 

Baju simple pun sampai RM200

Kurung kedah yang simple dan tiada corak dijual pada harga RM200, tidakkah terlalu mahal? Itu yang menjadi bualan ramai orang apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Jika dulu, kurung kedah dijual pada harga RM99 tetapi kini ia hanyalah berharga sebegitu jika pada musim jualan murah sahaja.

 

Ramai yang memilih shopping di Indonesia

Mungkin disebabkan itu juga dua rakan ini membuat keputusan ‘gila’ dan terbang ke negara jiran untuk membeli belah memandangkan harga di sana jauh lebih murah.

Menerusi TikTok, salah seorang daripada wanita itu berkongsi video tentang trip mereka ke Jakarta baru-baru ini semata-mata untuk membeli baju raya.

 

Rupanya ramai juga prefer beli belah di sana

Berdasarkan komen, rupa-rupanya ramai juga yang melakukan perkara yang sama iaitu pergi ke Indonesia untuk membeli belah kain atau baju siap dijahit.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan selain Jakarta adalah Bandung dan sekitar Jawa Tengah malah ada yang mengaku sudah bertahun membeli baju raya di Shopee Indonesia.

komen

Menerusi video yang berlainan, wanita itu turut berkongsi itinerari serta lokasi untuk beli belah di Jakarta dan ramai terkejut melihat perbandingan harga pasaran di Indonesia dan Malaysia.

Misalnya, baju material viscose yang tular sejak tahun lalu dijual pada harga sekurang-kurangnya RM200 di Malaysia hanya berharga RM100 sepasang di Jakarta.

komen

4 months ago

"Hanya RM1.2K Je? Gaji Kita Sebulan Puan.." - Tudung 'Termurah' Usahawan Cecah Ribuan, Netizen Terkejut Dikata Murah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...