“Kain Buai Bau Hancing, Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur” – Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska, Hanya Bertahan 6 Hari

Kehidupan

“Kain Buai Bau Hancing, Cuci Botol Pakai Span Sinki Dapur” – Wanita Tak Tahan Kerja Di Taska, Hanya Bertahan 6 Hari

Seorang individu tampil meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati apabila dia mendakwa sebuah taska berlokasi di Sungai Buloh telah mengabaikan kebajikan anak-anak di bawah jagaan mereka.

Individu dakwa taska abai kebersihan

Dalam hantaran yang dimuat naik di aplikasi X itu, wanita itu difahamkan adalah bekas pekerja taska terbabit.

Advertisement
Taska sungai buloh kotor

Sumber: X

Tulisnya di untaian tersebut, para pengasuh di pusat jagaan tersebut bersikap sambil lewa dan mengabaikan kebersihan yang menjadi keutamaan mana-mana taska dan pusat asuhan.

Tuala ibu bapa sediakan tapi diorang kongsi satu tuala untuk semua budak. Kain buai warna kelabu bau hancing, koyak rabak.

Hanya mampu kerja selama 6 hari

Tambah wanita itu lagi, dia hanya mampu bekerja selama 6 hari kerana tidak sanggup melihat pengabaian tersebut.

Aku kerja enam hari tak sanggup dah tengok, cuci botol bayi pakai span basuh pinggan dan tu juga buat cuci sinki. Gaji RM1,200 daripada bayi takda ekzema terus kena macam-macam.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen terutamanya mereka yang bergelar ibu bapa berasa kesal kerana masih ada pusat asuhan yang mementingkan wang semata-mata.

Taska Sungai Buloh kotor

Sumber : X

Malah,ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bekerja di pusat asuhan yang mempunyai isu yang serupa seperti yang dikongsikan individu itu.

“Pernah kerja dekat taska, makanan semangkuk kongsi makan untuk budak, sorang dapat dua ke tiga suap je. Kalau rasa nak hantar anak dekat taska tu, fikir la balik, patut laporkan pada polis kes macam ni” komen seorang warga maya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Individu didenda rm5 anak sepahkan meja makan
5 months ago

"Boleh Ke Kedai Buat Macam Tu?"- Individu Mengadu Peniaga Denda RM5 Gara-Gara Anak Buat Sepah Ketika Makan Di Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...