Nampaknya tak habis-habis lagi isu kontroversi berpakaian seksi dengan pengusaha kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman ini. Kali ini dia tampil mengundang perhatian netizen apabila memuat naik beberapa keping gambarnya menyarung kain batik.
Gambar yang dikongsi menerusi laman instagramnnya itu memaparkan dia memakai kain batik sehingga menampakkan bahagian badan yang tidak sepatutnya.
Dalam pada itu, Sajat turut menulis kapsyen dalam gambar tersebut yang menyifatkan pemakaian kain batik itu adalah melambangkan warisan Melayu turun temurun. Malah, dia turut memberitahu cara pemakaian kain batik yang dipakainya itu merupakan cara pakaian orang zaman dahulu.
Dan sudah dijangka, Sajat telah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen yang menganggap Sajat sengaja berpakaian sedemikian kerana ingin ‘menayang’ tubuh badannya kepada umum.
“Pakai kain batik pun kena kecam, sabar je lah..”
Mengimbas kembali, Sajat sebelum ini dihentam teruk kerana sering berpakaian seksi yang ternyata telah mengundang rasa kurang senang ramai pihak. Malah, isu ini turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad dan para agamawan yang lain.