Kahwin Wanita Tempatan, Warga Asing Hidup Mewah Raih Pendapatan RM55,000 Sebulan

Kehidupan

Kahwin Wanita Tempatan, Warga Asing Hidup Mewah Raih Pendapatan RM55,000 Sebulan

Seorang peniaga warga Bangladesh yang berkahwin dengan wanita tempatan didapati memperoleh pendapatan sekitar RM55,000 sebulan hasil perniagaan runcit dan restoran yang diusahakan di sekitar Brickfields, seperti laporan Kosmo Online.

Namun, kegiatan lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar apabila pihak berkuasa mendapati beliau menggajikan tiga pekerja asing tanpa permit sah, dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan malam tadi.

Advertisement

lelaki warga asing raih pendapatan lumayan setelah bernikah dengan warga tempatan

Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari.

Operasi melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bersama KPDN dan DBKL itu turut menahan 17 individu, termasuk majikan warga asing dan dua pasangan suami isteri tempatan, serta beberapa warga Bangladesh dan Pakistan.

Individu ditahan terdiri daripada 13 lelaki Bangladesh dan dua lelaki Pakistan termasuk seorang majikan warga asing dan dua majikan tempatan yang merupakan pasangan suami isteri.

Tindakan ke atas pekerja, majikan dan pelanggan itu membabitkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan syarat pas sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan beberapa peraturan berkaitan, manakala semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

21 hours ago

Sarjan Alang Dalam 'Kenangan', Polis Rampas Uniform PDRM Bagi Elak Kekeliruan Orang Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...