Pelakon dan penyanyi popular, Harris Alif, mengejutkan ramai apabila mengumumkan penyertaannya dalam kejohanan Asia Championship 2025, bukan sekadar suka-suka, tetapi sebagai simbol balas dendam dan mempertahankan maruah diri.
Menurut Harris, keputusan ini dibuat selepas dirinya dihina secara terbuka oleh seorang pelakon lelaki dalam siaran langsung media sosial yang menyentuh soal perkahwinannya dengan Intan Ladyana dan juga ibunya sendiri.
“Dia cakap saya kahwin dengan wanita lebih tua… siap sentuh hal mak saya. Mana nak letak maruah saya sebagai lelaki?” kata Harris dalam satu kenyataan kepada mStar.
Segalanya bermula sewaktu penggambaran di Sarawak pada Ogos tahun lalu apabila Harris menegur sikap pelakon berkenaan yang dianggap semakin melampau. Teguran itu bagaimanapun tidak diterima baik, malah mencetuskan pergelutan fizikal antara mereka.
Walaupun kedua-duanya dilaporkan sudah berbaik dan saling bermaafan selepas kejadian, pelakon tersebut kembali membuat kenyataan sindiran secara terbuka baru-baru ini, menyebabkan Harris mengambil langkah drastik menyertai gelanggang tinju sebagai simbol mempertahankan harga dirinya.
Apa yang lebih menarik, pelakon yang dimaksudkan Harris turut menyertai pertandingan All Stars Championship 2025, yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini. Ini sekaligus membuka peluang untuk mereka ‘bertembung semula’, kali ini secara sah di gelanggang.
“Bila saya nampak nama dia tersenarai juga, saya rasa inilah masa untuk saya selesaikan semuanya dengan cara yang betul,” ujar Harris tegas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.