Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?

Hiburan

Kahwin Untuk Tiga Hari Sahaja?

Menarik gila jalan cerita Untuk Tiga Hari ini. Itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut Abang Nara apabila membaca sinopsis filem terbaru arahan Afdlin Shauki. Selaku peminat karya Afdlin, Abang Nara dapat rasakan filem Untuk Tiga Hari yang mula ditayangkan pada 20 September ini boleh jadi salah satu filem terbaik Malaysia.

filem untuk 3 hari

Advertisement

Pelakon-pelakon pun semuanya hebat. Rashidi Ishak first time dapat berlakon dengan isterinya, Vanida Imran. Mutu lakonan Afdlin Shauki dan Ayu Raudhah rasanya tak perlu dipersoalkan lagi. Ditambah pula penerbit filem Untuk Tiga Hari ini ialah penerbit filem Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan. Yang lagi best, filem ini diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah yang bertajuk Untuk 3 Hari. Gyeah ~~

filem untuk 3 hari

Meh Abang Nara bagi sinopsisnya sikit untuk mereka yang tak pernah membaca novel ini. Keempat-empat mereka ini terpaksa berkahwin bukan dengan kekasih sendiri kerana menghormati pilihan orang tua mereka. Oleh kerana itu, mereka telah berjanji hanya untuk menjadi suami isteri selama 3 hari. Dalam masa 3 hari ini, tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku dan mereka akan bercerai selepas tamat tempoh. Jeng, jeng, jeng.

filem untuk 3 hari

Mampukah mereka mengotakan janji selepas 3 hari? Apakah yang akan berlaku selepas 3 hari? Adakah tidak akan ada hubungan suami isteri yang berlaku sepanjang tempoh 3 hari itu? Adakah perancangan mereka akan berjalan lancar? Amboi banyaknya persoalan daripada Abang Nara. Mesti korang pun tertanya-tanya perkara yang serupa kan?

Abang Nara cukup yakin filem ini ada ramuan yang lengkap untuk memecahkan kutipan box office filem Malaysia. Tak sabar rasanya nak tunggu 20 September ini. Anda boleh tengok preview eksklusif filem Untuk Tiga Hari ini pada 18 Sept mulai jam 12 tengah hari sehingga 19 Sept 12 tengah hari sahaja dengan melayari www.astrogempak.com.my/untuktigahari.aspx.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...